Prosedur Sebelum Berkahwin : Tips Wajib Perlu Diketahui
Buat bakal pengantin di luar sana, artikel kali ini khas untuk anda. Kita
sudah menghampiri 3 bulan terakhir dalam tahun 2019 ini. Sudah pasti ada yang
merancang untuk bercuti bersama keluarga atau melangsungkan perkahwinan
memandangkan cuti sekolah juga semakin dekat. Ada yang sudah memulakan
persiapan dan ada juga yang masih sibuk ke sana-ke mari untuk merancang apa
yang patut dilakukan.
Nah, ada sesetengah perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh anda.
Terutamanya perkara yang melibatkan dokumentasi. Sebelum melangsungkan
perkahwinan, ada beberapa prosedur harus anda patuhi seperti menghantar borang
kahwin dan aturan proses sebetulnya. Dibawah ini terdapat tips yang boleh anda
lakukan semasa menyediakan proses tersebut;
·
Isi borang secara online
- Anda harus layari laman web Sistem
Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia; http://www.sppim.gov.my/sppim/home . Kemudian, klik pada Benar Nikah Online (Kebenaran untuk Bernikah). Dan,
klik pada ‘Permohonan Baru’.
-
Selepas mengisi borang tersebut,
simpan nombor rujukan permohonan yang diberi oleh setiap pasangan bakal
pengantin. Penting ye untuk simpankan nombor itu kerana ianya digunakan setiap
kali anda ingin login ke laman web tersebut.
- Anda boleh kemaskini borang tersebut
selagi belum diproses oleh Jabatan Agama. (Hanya sesetengah negeri sahaja yang
boleh memohon secara online. Bagi kawasan anda yang tidak boleh didaftar
online, mohonlah secara manual di pejabat agama negeri masing-masing.)
·
Periksa kawasan pasangan anda
- Jika pasangan bakal pengantin tinggal
di sama daerah, anda harus menghantar borang online tersebut ke pejabat agama
dalam tempoh masa 30 hari atau sebulan sebelum tarikh pernikahan.
- Bagi yang tinggal daerah berlainan,
tempoh masa untuk menghantar borang tersebut adalah dalam 90 hari atau 3 bulan
dari tarikh pernikahan.
·
Prosedur menghantar borang
- Pastikan borang yang dihantar sudah
dilengkapi dengan tandatangan dan cop rasmi imam masjid kariah berdekatan anda.
Bawa juga dokumen lengkap yang diminta bersama borang online tersebut.
- Bayaran dikenakan sebanyak RM15
seorang (bukan satu pasangan, ye) dan borang kebenaran berkahwin ini selalunya
akan siapsedia dalam masa seminggu sahaja. Bergantung pada pejabat agama negeri
masing-masing.
·
Buat bakal pengantin lelaki
- Untuk pasangan yang berbeza
daerah/negeri, dapatkan semula borang kebenaran bernikah tersebut daripada
jabatan agama dan serahkan kepada ahli keluarga pasangan bakal pengantin
perempuan.
- Tetapi buat pasangan sama
daerah/negeri, boleh terus serahkan sahaja pada kariah masjid yang
bertanggungjawab untuk menjalani sesi akad nikah.
·
Majlis ijabkabul
- Semasa akad nikah, tok kadi akan
memberi surat nikah sementara. Periksa maklumat yang diberikan adalah betul
serta tepat seperti nama, IC, tempat tinggal dan lain-lain lagi.
- Kemudian, bawa surat akad nikah
sementara itu ke pejabat agama daerah pasangan perempuan.
·
Proses memohon sijil nikah
-
Bawa surat nikah sementara, IC (anda,
pasangan dan wali) dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 untuk sijil
tersebut. Prosesnya akan siap hanya selepas sebulan anda bernikah. Pastikan
anda membuat salinan dan simpan pada anda. Takut juga kalau diserbu oleh orang
jabatan agama, anda boleh tunjukkan bukti bahawa anda sudah bernikah secara
sah.
·
Permohonan kad kahwin
- Untuk lebih selamat, selepas
mendapatkan sijil nikah tersebut, pastikan anda lakukan prosedur yang
sepatutnya bagi mendapatkan kad kahwin pula. Bayaran dikenakan hanya RM40
sahaja untuk setiap pasangan. Periksa dengan jabatan agama mengenai dokumen
yang diperlukan untuk proses tersebut. Mudah, bukan?
Tips : Mungkin prosedurnya anda akan nampak rumit dan leceh tetapi ini
adalah perkara wajib untuk anda ketahui, ya!
Notakaki : Ingin kelihatan lebih berseri semasa majlis perkahwinan anda
nanti? Jom cuba gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Anda pasti akan tampil segar
dan cergas sepanjang majlis berlangsung. Klik disini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment