Masih Muda Tapi Sudah Beruban?




Umur masih di bawah lingkungan 20 – 30 tahun tetapi sudah beruban? Seperti yang kita ketahui, rambut beruban sering terjadi pada orang dewasa yang sudah menginjak umur melebihi 40 tahun ke atas. Tahukah anda rambut beruban sebenarnya dikenali sebagai ‘rambut mati’? Ini kerana akarnya sudah tidak dapat berfungsi seperti biasa. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan rambut anda mudah terjadinya beruban walaupun umur masih lagi muda.

Sesetengah daripada anda mungkin menganggap rambut beruban ini merupakan satu penyakit genetik. Sebenarnya, rambut bertukar menjadi kelabu setelah sel yang menghasilkan pigmen gagal berfungsi. Dan, ada pula sesetengah daripada anda memiliki rambut yang mengandungi agen peluntur semulajadi iaitu hidrogen peroksida. Ini antara sebab-sebab utama kenapa rambut anda mudah beruban di usia muda;

·        Autoimun
-  Penyakit yang menyerang kulit kepala dipanggil Alopecia Areata. Penyakit ini menyebabkan anda keguguran rambut secara perlahan-lahan dan mengalami masalah kebotakkan.
-      Ianya juga menyerang sistem imun anda dan seluruh folikel rambut sehingga menyebabkan terjadinya beruban. Akar rambut menjadi tidak lagi berfungsi dengan baik.

·        Pencemaran
-          Menurut satu kajian, pencemaran udara boleh menyebabkan rambut bermasalah uban. Ini kerana udara tercemar mengandungi racun yang membebaskan radikal merbahaya sehingga menghalang pembentukan dan penumbuhan melanin. Ini akan mempercepatkan penuaan pada pigmen kulit kepala. Maka, terjadilah rambut beruban.

  ·        Asap
-          Elakkan daripada menjadi perokok tegar. Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2013, perokok tidak kira samada yang aktif atau pasif akan mengalami masalah beruban lebih tinggi berbanding orang biasa. Ini kerana bahan kimia merbahaya yang terkandung di dalam rokok tersebut boleh membuatkan rambut menjadi rosak dan seterusnya tumbuh uban.

·        Perubahan hormon
-     Ianya menjadi salah satu penyebab utama masalah beruban ini. Hormon mempengaruhi tekstur, warna dan ketebalan rambut anda. Antara jenis-jenis hormon yang ada di dalam badan kita adalah estrogen, progesteron dan cortisol.

·        Tekanan / stres
-  Elakkan daripada berada di bawah tekanan atau stres yang melampau. Ini akan menyebabkan rambut anda cepat beruban kerana badan mengalami perubahan hormon yang mendadak.

·        Genetik
-    Ada juga penyakit beruban ini disebabkan oleh genetik. Ibu atau bapa kita mengalami masalah beruban sejak dari muda. Maka, kita juga akan mengalami masalah yang sama.

Tips : Jaga pemakanan serta hormon dalam badan agar dapat mengelakkan masalah kesihatan di kemudian hari.

Notakaki : Bila bercakap tentang stres, pasti tidak boleh lepas tentang gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya dapat mengurangkan tekanan anda samada di tempat kerja, kuliah atau keadaan sekeliling dengan hanya sekali mandian. Jom ke laman web kami untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!

Cara Kawal Emosi Kemarahan