Seri Pengantin : Lakukan Tips Berguna Ini Menjelang Hari Bersejarah Anda!
Tarikh perkahwinan menjelang tiba. Hari bersejarah ini adalah detik dan
momen paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang akan mendirikan
rumahtangga. Pelbagai persiapan sudah dilakukan. Hanya tinggal ijabkabul sahaja
untuk disatukan. Sudah sediakan ‘checklist’ semasa dalam proses persiapan
perkahwinan anda? Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi,
lakukan checklist agar tidak tertinggal sebarang perkara penting.
Ada yang sibuk ke spa untuk melakukan rawatan kulit wajah dan badan. Ada
juga yang mula mengamalkan gaya hidup yang sihat a.k.a diet. Yalah, khuatir
pula tidak muat baju pengantin nanti. Ada juga yang masih sibuk menyelesaikan
kerja-kerja yang bertimbun di pejabat oleh kerana ingin bercuti panjang tidak
lama lagi.
Sesetengah daripada anda mungkin sudah mula mengubah hantaran, mengedarkan
kad kahwin untuk menjemput ahli keluarga dan sahabat-handai. Mungkin ada juga
yang sibuk menempah baju dan membeli barangan untuk doorgift. Pelbagai ragam
pengantin yang dapat kita lihat sibuk ke sana-sini apabila tiba musim cuti
sekolah. Inilah masanya setiap minggu pasti ada jemputan kahwin yang masuk ke
dalam postbox.
Untuk pengantin perempuan pula, ada haruslah melakukan rawatan untuk
menaikkan seri pengantin buat hari bersejarah nanti. Ingin jadi tumpuan tetamu,
katakan. Ada beberapa petua yang boleh digunapakai untuk menaikkan seri
pengantin jika anda ingin tampil cantik dan menawan sehingga menjadi fokus
utama pada hari tersebut. Ayuh, ikuti tips dibawah;
·
Penjagaan kulit wajah dan badan
- Lakukan perawatan sekurang-kurangnya
3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Kenalpasti jenis kulit anda terlebih
dahulu dan meminta nasihat pakar kecantikan agar mereka tidak tersalah memakai
produk semasa membuat rawatan.
- Buat anda yang mengalami masalah
kulit yang biasa seperti kering dan berminyak, itu tidak lagi menjadi masalah.
Tetapi buat yang mengalami masalah sensitif dan berjerawat, anda harus
berhati-hati agar tidak menjadi lebih teruk. Terutamanya buat yang berjerawat,
pastikan anda menjaga pemakanan agar wajah tidak lagi timbul dengan parah.
·
Jauhi tekanan
- Hindari stres terutamanya di tempat
kerja atau keadaan sekeliling. Jika anda mengalami stres yang berpanjangan,
ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal, kulit, rambut dan kesihatan.
- Elakkan daripada menghadapi stres
buat pengantin perempuan. Ya, kadangkala stres terjadi akibat tarikh
perkahwinan makin dekat dan segala persiapan harus dilakukan dengan kadar
segera.
- Maka, lakukan persiapan awal
sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh. Jadi, tidaklah kelam-kabut.
·
Kesihatan rambut
- Elakkan daripada menggunakan alat
penggayaan rambut atau produk syampu yang tidak bersesuaian dengan keadaan
rambut anda. Potong rambut anda setiap 6 bulan untuk elakkannya daripada bercabang
dan pecah. Kelemumur juga sering terjadi pada kulit kepala yang kerap berminyak
dan berpeluh.
- Lakukan perawatan kulit kepala agar
masalah rambut tidak menjadi satu kerunsingan buat anda semasa hari bersejarah
menjelang tiba.
·
Tidur
- Pastikan anda mengamalkan tidur yang
secukupnya agar badan anda terasa segar sepanjang hari dan dapat bergerak
aktif. Tambahan pula, hari perkahwinan semakin dekat. Jika anda mendapat tidur
yang cukup, kulit anda akan kekal anjal dan tampil awet muda.
- Tidur tidak cukup boleh memudaratkan
kesihatan. Juga membuatkan fizikal anda terasa lemah dan malas.
- Untuk anda yang alami insomnia,
dapatkan nasihat doktor pakar agar merawat penyakit tersebut sebelum melarat.
·
Pedicure / Manicure
- Rawatan kuku kaki dan tangan ini juga
merupakan salah satu perkara penting yang tidak boleh diambil sambil lewa
sahaja. Penampilan kuku yang bersih akan membuatkan anda tampil lebih yakin
semasa berjumpa dengan para tetamu yang hadir untuk menyaksikan detik bahagia
anda.
·
Senam
- Kekalkan tubuh yang fit dengan
lakukan senaman setiap hari. Bagi anda yang punya masa, boleh sahaja ke gym
untuk lakukan senaman asas. Tetapi bagi yang mengalami masalah kekangan masa,
cukuplah sekadar berjalan setiap hari selama 30 minit agar tubuh anda cergas
dan aktif berpanjangan.
- Jaga pemakanan juga penting untuk
dapatkan tubuh fit. Elakkan daripada memakan junk food dan pengambilan kafein setiap masa. Cukuplah sekadar
secawan kopi di waktu pagi sahaja. Bertahanlah!
Pesanan penaja : Buat yang akan melangsungkan perkahwinan, selamat
pengantin baru!
Notakaki : Bagi bakal pengantin di luar sana, apa kata anda berikan
kesegaran pada kulit badan anda dengan menggunakan gel mandian aromaterapi
7Lime ini? Ianya pasti membuatkan kulit anda tampil fresh sepanjang majlis berlangsung! Jom klik disini untuk info
lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment