Skincare 101 : Tanda Produk Tak Sesuai Dengan Kulit




Setiap wanita diharuskan mengutamakan penjagaan kulit. Tidak kira samada kulit wajah atau badan, kita sememangnya perlu menjaga dengan baik dan sempurna agar kelihatan cantik, sihat serta berseri. Sesetengah daripada anda memakai skincare bertujuan untuk melakukan perawatan pada kulit supaya kulit anda menjadi mulus dan tidak lagi kelihatan kusam. Bagi wanita Asia terutamanya, kita mempunyai jenis kulit yang berbeza seperti kering, sensitif, berminyak, kombinasi dan normal.

Bukan semua set penjagaan kulit itu sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk anda yang mempunyai kulit berminyak, gunakan produk jenis oil-free. Buat anda yang mempunyai kulit kering dan sensitif pula, elakkan produk yang mengandungi paraben, alkohol, merkuri, pewangi atau pewarna tiruan. Terdapat juga tanda-tanda berlaku pada kulit sekiranya skincare yang dipakai tidak sesuai. Jom ikut tanda-tanda skincare tidak sesuai untuk kulit anda;

·        Kulit terasa pedih
-    Jika anda terasa kulit seperti terbakar atau pedih selepas memakainya, hentikan pemakaian produk tersebut dengan kadar segera. Ini kerana kulit bereaksi memberi perlindungan agar produk tersebut tidak meresap masuk ke dalam lapisan yang paling dalam.

·        Kulit menjadi semakin kering atau berminyak
-       Sekiranya anda hanya memakai sekali, masih belum nampak lagi kesan akibat pada kulit wajah anda. Tetapi setelah beberap kali anda memakainya dan kulit terasa bertambah kering, hentikannya dengan segera. Kulit yang selalu dibersih atau ‘over-exfoliate’ akan menyebabkan kulit wajah anda mengering dan bermasalah.
-  Kalau kulit wajah anda semakin berminyak, bermakna produk tersebut telah menghilangkan minyak semulajadi pada wajah dan menghasilkan sebum secara berlebihan.

·        Kegatalan
-       Alami kegatalan selepas memakai produk penjagaan kulit? Nah, itu petanda bahawa kulit wajah anda mengalami alahan pada bahan yang terdapat di dalam produk tersebut. Kebiasaannya, kegatalan pada kulit wajah akan menghilang setelah beberapa minggu.
-      Gunakan produk penjagaan kulit ini satu-persatu dan secara perlahan-lahan agar kulit tidak menjadi lebih bermasalah.

·        Merengsa dan iritasi
-       Lihat terlebih dahulu bahan kandungan dalam produk penjagaan kulit tersebut. Jika ianya mengandungi bahan aktif yang tinggi, kulit anda akan timbul ruam dan menjadi kemerahan. Bermakna ianya berisiko untuk alami alahan dan iritasi.
-     Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi pewangi tiruan atau acrylates. Lebihkan kepada penggunaan bahan organik.

·        Kulit semakin gelap
-      Jika kulit kelihatan semakin gelap, ini bermakna penghasilan pigmen terjadi pada kulit kita dan akan timbulnya bintik hitam. Sesetengah skincare yang mengandungi bahan pencerah seperti kojic acid, arbutin dan hydroquinone juga menjadi penyebab kepada kulit gelap sekiranya produk tersebut tidak sesuai untuk kulit.
-       Gunakan sunscreen walau kemana sahaja anda pergi terutamanya yang sering melakukan aktiviti luar (outdoor). 

Tips : Pastikan anda kenalpasti terlebih dahulu jenis kulit dan kemudian, membeli produk skincare tidak lagi menjadi masalah. Ini untuk mengelakkan anda rugi pada wang ringgit dan kulit wajah tidak menjadi bermasalah.

Notakaki : Jom cuba gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya tidak akan membuatkan kulit anda terjadi iritasi atau merengsa. Gel mandian ini akan memberi kesegaran berpanjangan buat kulit badan anda. Klik disini untuk info lebih lanjut tentang 7Lime; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!

Cara Kawal Emosi Kemarahan