Air Detox : Buang Toksin Dan Kempiskan Perut Buncit
Pasti anda pernah terlintas dengan artikel kami sebelum ini mengenai air
detox menggunakan limau nipis. Dan juga artikel mengenai diet cara selebriti
wanita Korea. Kali ini, kami membawakan resipi-resipi menarik untuk anda
lakukan detoksifikasi bagi membuang segala toksin yang ada dalam badan agar
sentiasa kekal sihat, cergas dan aktif. Pernahkah anda cuba untuk menurunkan
berat badan dan pelbagai cara telah dilakukan tetapi masih belum nampak
kesannya? Stres, bukan?
Terdapat beberapa sebab mengapa berat badan anda tidak turun walaupun anda
sudah melakukan aktiviti seperti senaman, jaga pengambilan makanan dan menelan
suplemen untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan pantas. Bukan sahaja
badan tidak surut tetapi perut masih juga membuncit. Tambahan bagi wanita, time nak berselfie lah mula menarik
nafas agar perut tidak kelihatan ketara dalam gambar.
Anda harus ikuti beberapa langkah ini supaya dapat menurunkan berat badan
dengan baik dan teratur. Buangkan toksin yang terkumpul di dalam badan dengan
meminum air kosong atau suam sebanyak 6 – 8 gelas sehari. Tidak boleh kurang
daripada 6 gelas. Ia membantu sistem perkumuhan dalam badan anda dan membuang toksin
yang terkumpul di dalam lemak melalui perpeluhan atau najis. Apabila toksin dan
lemak semakin berkurangan, barulah badan anda akan terasa lebih ringan dan
bertenaga.
Mungkin ssetengah daripada anda, ‘tekak’ tidak boleh menerima air kosong
atau suam kerana tidak berperisa. Rasanya juga bland (tawar). Nah, apa kata anda tambah sedikit perisa ke dalam
air kosong itu. Sambil minum untuk kesihatan, ianya juga boleh membantu
membuang toksin dengan berkesan dalam badan anda. Jom baca resipi detox yang
baik untuk kesihatan anda;
·
Limau gedang (Grapefruit) + Timun +
Lemon + Limau nipis + daun pudina
·
Kiwi + Strawberi
·
Epal merah / hijau + Cinnamon (kulit kayu manis, ya. Bukan yang jenis
serbuk.)
·
Strawberi + Tembikai
·
Apple Cider + Lemon + Cinnamon
·
Aloe Vera + Lemon
·
Halia + Lemon
·
Lemon + Limau nipis + Oren + Timun +
Halia + daun pudina
·
Strawberi + Nanas + Apple Cider +
Basil leaves
Campurkan kesemua buah-buahan ini ke dalam air masak dan simpankan ke
dalam peti sejuk. Amalkan meminumnya setiap pagi. Pasti anda akan nampak
kesannya dalam masa beberapa minggu sahaja. Tidak perlu lagi bayar ratusan
ringgit untuk ubat pelangsing. Hanya minum air detox sahaja. Cepat, selamat dan
berkesan.
Tips : Elakkan daripada pengambilan makanan atau minuman bergula. Ianya
boleh menaikkan berat badan secara mendadak. Jika anda ingin juga minum air
yang manis, boleh apa salahnya. Cheat day
lah, katakan. Tapi tukar daripada gula biasa kepada gula Stevia. Hanya setitik,
manisnya rasa segelas.
Notakaki : Badan sudah cantik, kulit juga haruslah cantik. Nah, gunakanlah
gel mandian aromaterapi 7Lime ini untuk menaikkan seri kulit kusam dan tidak
bermaya. Jika anda memakainya, pasti anda dapat jalani aktiviti seharian dengan
lebih fokus dan teliti. Jom klik di laman web kami untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment