Breakfast : Wajib Atau Tak?
Bangun pagi sahaja, pasti perut pun berkeroncong. Tetapi jika anda jenis
yang suka melewatkan bangun pagi, sudah tentu tidak sempat untuk mengisi perut
sebelum ke tempat kerja atau ke kuliah. Nah, ini salah satu tabiat buruk yang
tidak seharusnya diamalkan. Setiap pagi, anda diwajibkan untuk mengambil
sarapan agar ianya boleh membakar lemak dan memberi tenaga buat anda menjalani
aktiviti seharian tanpa rasa letih. Sebelum memulakan hari anda, digalakkan
untuk bersarapan pagi terutamanya pada sebelum pukul 10.00am. Jika selepas itu,
ianya boleh dikategorikan sebagai breakfast-lunch
atau brunch.
Ada beberapa sebab utama kenapa anda digalakkan untuk bersarapan pagi;
·
Penurunan berat badan
- Sarapan pagi dapat membakar kalori
dalam badan. Semasa anda membiarkan perut semalaman tanpa diisi, secara tak
langsung ianya meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Proses pembakaran
kalori juga akan menjadi lebih efisien dan berkesan.
- Ambil telur untuk pembakaran kalori
lebih pantas. Jauhi makanan bergula atau manis yang boleh meningkatkan kadar
insulin dalam badan. Seterusnya, membuatkan anda extreme lapar pada hari tersebut.
·
Otak berjalan dengan lancar dan minda lebih fokus
- Sebahagian tenaga yang ada di dalam
badan kita telah bertukar menjadi glukosa dan telah pun dihabiskan sebelum
tidur. Disebabkan itu, anda digalakkan untuk mengambil sarapan pagi yang
mengandungi glukosa (gula) agar otak dan minda dapat berjalan dengan lebih
lancar serta fokus dalam membuat keputusan.
- Di waktu pagi, paras gula dalam darah
adalah rendah kerana kita masih belum mengisi sebarang makanan. Anda memerlukan
tenaga untuk mengimbangkan paras gula dalam darah supaya mengelakkan pening
kepala.
·
Sarapan yang sihat
- Ambil sarapan yang sihat seperti
rendah lemak dan serat tinggi. Tidak semestinya anda kena jamah makanan yang
berat. Elakkan daripada pengambilan seperti nasi lemak, lontong atau roti canai
setiap pagi. Amalkan pemakanan yang sihat seperti oatmeal, bijirin, yogurt atau
susu rendah lemak setiap pagi. Yang penting, sarapan harus diambil walaupun
sekadar melapik perut.
·
Sakit jantung
- Untuk anda yang gemar skip sarapan pagi ini lebih berisiko
untuk terkena penyakit jantung. Menyebabkan anda mengalami kadar kolestrol yang
tinggi dalam darah.
- Ambillah serat untuk sarapan seperti
roti kerana ianya akan mengekalkan tubuh yang sihat dan cergas setiap hari.
Jadikan pengambilan sarapan sebagai rutin harian. Ianya mampu melindungi
jantung anda untuk jangka masa yang lama.
·
Kurang risiko berpenyakit
- Selain daripada elakkan masalah
jantung, bersarapan pagi dapat menghindari anda daripada berisiko terkena
penyakit merbahaya seperti kencing manis, masalah usus dan imunisasi badan
lemah.
- Jika anda tidak bersarapan,
berkemungkinan anda akan makan lebih banyak semasa tengah hari. Pengambilan
gula dalam makanan dan minuman terutamanya nasi, membahayakan kesihatan anda.
Bonus : Setengah
daripada anda mesti ada perasaan ‘malas’ untuk menjamah sarapan pagi akibat
kekangan waktu berkejar ke tempat kerja atau kuliah. Buangkan tabiat malas itu!
Tidur awal supaya anda dapat bangun pagi lebih awal dari biasa. Mulakan gaya
hidup sihat!
Notakaki : Semasa mandi di waktu pagi, segarkan badan anda dengan gel
mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya pasti memberi tenaga kepada badan anda
agar lebih fokus dalam menjalani aktiviti seharian. Jom klik di sini untuk info
lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment