A Must-Have : Fashion Item Yang Diburu Hijabers!
Jika kita lihat, trend terkini samada artis atau selebriti tanah air kita
yang berhijab tidak lagi mengikut gaya lama. Walaupun memakai tudung bawal,
sudah bermacam-macam gaya yang diketengahkan. Bila bercakap mengenai hijab,
tudung sudah menjadi satu fashion untuk wanita di generasi ini menggayakannya
mengikut kesukaan sendiri. Contohnya, Yuna dan Neelofa. Gaya mereka berdua
sudah menjadi ikutan wanita sekarang mengenakan hijab tidak kira samada
menghadiri majlis perkahwinan atau event, ke tempat kerja, kuliah dan juga
semasa Hari Raya.
Sebut sahaja tentang trend, busana muslimah kini walaupun masih
mengekalkan tetapan syarak iaitu menutup aurat tetapi bergerak seiring dengan
perkembangan dan peredaran zaman. Anda juga boleh lihat, terlalu banyak selebriti
dan artis samada lelaki atau perempuan berlumba-lumba mengeluarkan hijab dan
pakaian yang bersesuaian untuk wanita
dan ada juga harganya mengikut kemampuan anda untuk membeli. Ayuh, lihat
fashion item yang diburu hijabers;
·
Hijab Instant
- Hijab jenis ini selalu dibeli oleh
orang yang malas mahu memakai tudung lilit kepala dan atau yang harus
diseterika. Tudung ini paling ideal dipakai jika anda mempunyai kekangan waktu.
Nah, sarungkan sahaja hijab instant ini, anda sudah bersedia untuk keluar
samada ke pasar atau kompleks membeli-belah.
·
Blouse
-
Selain daripada t-shirt berlengan
panjang, blouse juga merupakan salah satu pakaian yang dapat menutup aurat.
Blouse wanita selalunya berlengan panjang tetapi harus juga perhatikan samada
panjang baju tersebut melepasi punggung atau tidak. Elakkan daripada memakai
blouse yang menampakkan bentuk badan. Takut menjadi perhatian orang. Buat
tambah dosa sahaja!
·
Telekung
- Ini salah satu item yang harus
dimiliki oleh setiap hijabers. Kain telekung juga diperbuat daripada pelbagai
material seperti cotton, lycra, polyester, jacquard, crepe, rayon, chiffon dan
macam-macam lagi.
- Pemilihan telekung juga haruslah
bersesuaian dengan anda. Terutamanya dibahagian muka dan kain. Elakkan daripada
menggunakan telekung yang bermaterial tidak mudah menyerap peluh. Ianya akan
membuatkan kepala anda terasa berbahang.
·
Pashmina / Shawl
- Dua jenis hijab ini seringkali juga
menjadi pilihan wanita di Malaysia. Ada juga yang gemar memakai shawl kerana
mudah untuk menggayakannya. Tetapi pilihan material untuk shawl dan pashmina
haruslah yang mudah untuk menyerap peluh.
- Elakkan daripada memakainya semasa
anda banyak melakukan aktiviti luar. Ini kerana penggunaan hijab jenis ini
terutamanya pashmina, tidak bersesuaian untuk anda yang kerap berjemur di bawah
matahari.
·
Blazer
- Untuk hijabers yang gemar bergaya,
ini adalah salah satu fashion item yang perlu ada dalam almari anda. Pilihan
blazer bersesuaian adalah tidak banyak corak atau details ke atasnya tetapi rekaan yang lebih klasik menambahkan
keanggunaan anda bergaya.
·
Skirt labuh
- Jika anda gemar mengikuti instafamous
yang berhijab, pasti anda akan lihat kebanyakan daripada #OOTD mereka pasti
memakai skirt labuh sebagai pelengkap gaya.
- Semasa memilih skirt, lihat dulu pada
material dan gayanya. Jangan memakai yang terlalu ketat sehingga menampakkan
susuk tubuh anda.
Tips : Yang
penting, haruslah mematuhi akan hukum syarak.
Comments
Post a Comment