Resepsi : Tips Solekan Tepat Untuk Majlis Raja Sehari




Tampil anggun dan menawan pada hari pernikahan atau persandingan adalah impian setiap wanita yang bakal bergelar raja sehari. Pasti anda inginkan solekan yang tampak flawless dan menonjol agar menjadi fokus utama pada hari tersebut. Bagaimanapun, solekan yang tidak tepat dan tidak bersesuaian akan membuatkan anda tampil pelik sehingga boleh menjadi bualan tetamu yang hadir. Tetapi anda harus tahu bahawa solekan juga membantu penampilan anda semasa berada di majlis samada siang atau malam.

Bagi anda yang masih keliru memilih konsep dan tema solekan, senang saja. Pilih solekan yang digemari ramai iaitu solekan jenis doll. Konsep solekan ini yang banyak menggunakan rona-rona lembut seperti pink, peach dan beige. Untuk majlis pernikahan, elakkan daripada menggunakan rona-rona terang tidak kira samada eyeshadow, blusher atau lipstik.

Teknik utama dalam menonjolkan wajah anda adalah melalui highlight, contouring atau shading. Pastikan teknik tersebut boleh menampakkan cheekbones anda timbul dan memiliki raut wajah berbentuk V. Yang paling dikhuatiri semasa bersolek adalah dibahagian kening. Jangan terlalu tebal atau pekat yang boleh membuatkan penampilan anda tampak pelik.

Nah, dibawah ini terdapat teknik solekan yang bersesuaian dengan majlis samada siang atau malam dan sesuai untuk majlis akad serta sanding;

·        SIANG
-       Berikan penampilan anda tampak segar dan natural dengan solekan yang tidak terlalu tebal. Elakkan daripada menggunakan konsep ‘berani’ untuk majlis di siang hari.
-     Makeup yang natural look akan membuatkan anda lebih menonjol di majlis itu nanti. Jangan gunakan makeup jenis kilauan kerana ianya mudah mencair jika terkena peluh dan membuatkan wajah anda kelihatan berminyak serta cakey.

·         Foundation / Powder
-       Gunakan bedak asas atau foundation dari bahan yang berasaskan air (water-based) dan elakkan daripada bertekstur krim. Ini kerana wajah anda akan tampil berminyak dengan makeup asas dari krim.
-          Lebih baik gunakan loose / compact powder yang memberi kemasan matte. Kulit wajah anda tidak akan tampak berminyak walaupun kulit terdedah kepada cahaya matahari.

·         Eye makeup
-         Tidak kisah baju anda berwarna apa tetapi gunakan pembayang mata (eyeshadow) yang boleh dikenakan dengan rona baju iaitu rona tanah seperti coklat. Bagi anda yang berkulit cerah, kurangkan pemakaian eyeshadow yang tebal. Ini akan menampakkan alis mata anda tampil ‘berat’.
-    Eyeliner pula jangan terlalu tebal. Cukuplah sekadar nipis dan lakukan teknik cat-eye untuk menampilkan mata lebih besar serta bulat.

·         Lipstik
-    Untuk majlis di siang hari terutamanya majlis pernikahan, elakkan daripada memakai gincu yang berona terang dan garang seperti merah pekat. Pilih rangkaian lipstik daripada rona nude atau natural agar tampil suci dan bersih.
-    Gunakan lipgloss untuk menampakkan bibir anda seperti berkilau dan tampil anggun dalam gambar yang terakam nanti.


·        MALAM
-    Buat yang mengadakan majlis persandingan di sebelah malam, anda boleh tebalkan sedikit solekan agar penampilan lebih menonjol semasa majlis berlangsung. Ini kerana keadaan sekeliling yang gelap akan membuatkan wajah anda tenggelam jika mengenakan solekan natural look.

·         Foundation
-    Pilih yang berasaskan air dan elakkan penggunaan berkrim. Bedak jenis ini adalah universal untuk kegunaan siang dan malam. Pada anda yang mengadakan majlis pernikahan di sebelah siang dan terus sahaja langsung ke majlis sanding di sebelah malam, foundation jenis ini adalah yang paling selamat digunakan. Wajah anda akan kekal cantik sepanjang majlis.

·         Eye makeup
-     Tebalkan sedikit eyeliner agar mata anda tampil ‘berani’ semasa majlis itu nanti. Maskara juga harus ditebalkan sedikit supaya mata anda tidak tampak layu dan tidak bermaya. Yalah, sudah seharian sibuk dengan majlis. Pasti wajah anda akan tampil keletihan jika tidak mengenakan solekan dengan baik.
-      Gunakan eyeshadow dari jenis kilauan untuk menonjolkan alis mata anda. Eyeshadow jenis ini akan membuatkan mata anda tampil galak dan seksi.

·         Lipstik
-       Di majlis sebelah malam, anda boleh gunakan lipstik yang lebih pekat dan berona terang seperti merah pekat atau dark brown. Bagi yang berkulit cerah, anda digalakkan memakai rona-rona ini. Tetapi bagi yang berkulit gelap, gunakan rona seperti gold atau nude untuk menaikkan lagi tona kulit anda.
-          Lapiskan bibir anda dengan lipgloss untuk memberi kilauan ekstra buat bibir.

Tips : Buat research terlebih dahulu tentang makeup yang bersesuaian dengan majlis samada siang atau malam. Kemudian, dapatkan nasihat MUA profesional tentang solekan yang bersesuaian.

Notakaki : Ingin tampil kekal segar dan aktif sepanjang majlis bersejarah anda nanti? Cubalah gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya pasti membuatkan anda bergerak pantas dan tidak kelihatan letih sepanjang majlis tersebut. Jom klik di sini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!

Cara Kawal Emosi Kemarahan