Pinggang Ramping Bak Kerengga : Ikuti Diet Ala Selebriti Korea
Apa yang anda tahu tentang diet dengan betul? Terdapat pelbagai jenis diet
yang boleh anda lakukan dengan hanya membaca artikel-artikel paparan mengenai tips
terbaik untuk diamalkan. Bila bercakap tentang diet, tentu anda tahu bukan
tentang diet Atkins? Iaitu diet yang mengamalkan pengambilan telur sepanjang
hari. Ish…tak lalu pula kan kalau seharian asyik makan benda yang sama saja.
Ada juga diet ala selebriti luar negara yang boleh anda jadikan sebagai
rutin harian. Mereka lebih banyak mengambil salad sebagai makanan ruji. Namanya
pun orang Malaysia. Tekak tu mestilah hendak makan sesuap nasi juga. Nah, apa
kata amalkan diet seperti selebriti Korea ini? Mereka melakukan rutin harian
diet iaitu ‘1 Meals A Day’.
Selebriti Korea sememangnya terkenal dengan tubuh badan yang ramping.
Terutamanya buat penyanyi idola Kpop wanita. Mereka dikehendaki mengekalkan strict diet agar tidak kekurangan
‘nafas’ semasa menyanyi sambil menari di atas pentas. Dibawah ini terdapat
tips-tips yang boleh anda jadikan panduan untuk berdiet;
·
Makanan asas
- Dalam berdiet, anda tidak semestinya
memakan sayur-sayuran atau buah-buahan semata. Selang-selikan dengan daging,
ayam atau ikan. Ya, jangan yang jenis bergoreng pula! Pastikan makanan asas
anda samada bakar, stim atau rebus.
·
Sayur
- Amalkan salad dalam diet anda
terutamanya semasa anda mengambil makanan asas iaitu sewaktu lunch dan dinner. Utamakan ulam-ulaman. Ambillah kobis, brokoli, lobak
merah, kacang panjang, kacang buncis dan sebagainya. Sayuran hijau merupakan
diet yang terbaik untuk kesihatan badan anda.
·
Buah-buahan
- Ambil buah yang mengandungi banyak
air seperti tembikai dan oren. Ini kerana jika anda mengambil buah-buahan ini
sebelum makan, ternyata anda akan berasa kenyang dan tidak akan mengambil
makanan asas dengan banyak. Elakkan daripada memakan durian atau pisang selalu.
·
Makanan sampingan
- Pastikan anda melakukan rutin ‘snacking’ di antara waktu pagi selepas breakfast dan sebelum lunch. Manakala di waktu petang pula,
selepas lunch dan sebelum dinner. Ini untuk mengelakkan anda
berasa terlalu lapar sebelum waktu makan tiba. Antara makanan sampingan yang
boleh diambil adalah buah-buahan dan kekacang.
·
Makanan wajib
- Setiap hari pastikan anda mengambil
makanan dan minuman yang wajib seperti susu dan telur rebus. Pastikan anda
mengambil susu di waktu pagi dan malam, sebelum tidur. Selebriti Korea
memastikan mereka makan sweet potatoes setiap
hari. Tapi kalau di Malaysia, payah pula hendak mencari sweet potatoes bukan. Maka, terpaksalah anda mengambil inisiatif
sendiri untuk merebusnya.
Tips : Tekak orang Malaysia pasti hendak makan nasi. Itukan makanan ruji.
Apa kata daripada ambil beras biasa yang penuh kanji tu, makanlah beras khas seperti Herba Ponni
atau Brown Rice. Anda boleh menjaga
kesihatan sambil beramal!
Notakaki : Dah dapat tips untuk berdiet? Jom cuba gel mandian aromaterapi
7Lime ini pula. Ianya membuatkan anda kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari
tanpa rasa letih. Gel mandian ini juga memberi ketenangan buat anda setelah
penat seharian berada di dalam tekanan kerja. Klik di laman web kami untuk info
lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment