7 Langkah Guna Hand Sanitizer Dengan Tepat!




Di musim pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 9 Jun ini. Hampir 3 bulan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup dalam norma baru seperti mengurangkan aktiviti luar, work from home (WFH) dan elakkan bersentuhan di antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, rata-rata penduduk mula aktif melakukan pembelian atas talian bagi mengelakkan keluar membeli barang di luar. Ada juga yang sudah pakar menyediakan pelbagai juadah hidangan semasa PKP bermula. Mungkin juga sesetenga daripada anda lebih gemar menempah makanan secara online.

Nah, bila bercakap tentang penjagaan kesihatan dalam norma baru, pasti anda tertanya-tanya bukan, apakah yang dimaksudkannya? Ya, setiap kali anda pulang ke rumah samada dari tempat kerja atau membeli-belah barangan dapur, anda diwajibkan untuk memakai hand sanitizer sebelum masuk ke dalam kereta atau rumah. Sebaik sahaja sampai di rumah, digalakkan untuk anda mencuci tangan sebelum menyentuh mana-mana permukaan.

Selepas itu, pastikan membuang face mask dan pakaian yang dipakai untuk hari tersebut. Segera masuk mandi sebelum anda menyentuh mana-mana ahli keluarga yang sememangnya berada di dalam rumah.

Tahukah anda cara yang tepat untuk menggunakan hand sanitizer? Bukan sekadar hanya picit di telapak tangan dan sapu sahaja tetapi ianya juga lengkap dengan langkah-langkah yang betul bagi mengelakkan bakteria / virus tersebut merebak ke seluruh badan.

Terdapat 7 langkah dalam penggunaan hand sanitizer yang betul;

ü  Tuang hand sanitizer ke tapak tangan kiri, ratakan dengan jari tangan kanan, kemudian lakukan sebaliknya
ü  Gosok kedua-dua tapak tangan
ü  Gosok belakang tangan dan celah jari
ü  Gosok hand sanitizer tersebut pada setiap celah jari anda
ü  Gosokkan ke belakang jari kanan hingga tapak tangan kiri. Lakukan langkah ini yang sama pada kedua-duanya
ü  Gosok ibu jari tangan kiri dalam genggaman tangan kanan dengan gerakan memutar dan lakukan untuk ibu jari sebaliknya
ü  Gosokkan hand sanitizer tersebut pada kedua-dua pergelangan tangan anda

p/s : Mudah bukan? Ayuh lakukannya segera. Sebut tentang mandi, apa kata anda cuba gunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady untuk memberi kesegaran pada kulit badan selepas pulang dari kerja. Badan tidak lagi terasa letih dan tidak bermaya. Jom klik disini; www.ikonlady.com.my

Lihat video dibawah untuk dapatkan gambaran lebih tepat :



Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!