Syarat PKPB Dilonggarkan : Do's and Don'ts





Bermula 10 Jun 2020, syarat yang dikenakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilonggarkan mengikut fasa demi fasa. Orang awam diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa fasa pemulihan negara sedang dijalankan. Wabak pandemik Covid-19 ini dijangka berlanjutan sehingga 1 – 2 tahun kecuali jika mana-mana pihak menemukan vaksin untuk melawan penyakit ini.

Anda perlu mengambil langkah-langkah berjaga dengan mengelakkan berkumpul di tempat awam atau bersentuhan bersama individu yang lain. Amalkan penjarakkan sosial (social distancing) 1 meter dengan orang awam. Jangan membawa anak-anak kecil keluar bersuka-ria menjalani aktiviti seperti beriadah atau membeli-belah di shopping mall.

Bagi anda yang tinggal bersama ibubapa melebihi umur 60 tahun, elakkan dari membawa mereka berada di tempat awam. Ini kerana bayi, kanak-kanak dan warga emas berisiko tinggi untuk terjangkit wabak pandemik Covid-19.

Aturan yang perlu dipatuhi walaupun syarat PKPB dilonggarkan;


·         Rentas negeri – elakkan balik kampung dalam masa terdekat ini. Sudah pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke kampung semasa Hari Raya yang lepas akan berpusu-pusu untuk menuju ke destinasi masing-masing. Jika tidak mahu kluster baru ‘timbul’ semasa PKPB ini, pulang ke kampung setelah keadaan reda sedikit.


·         Elak ke zon merah – jika kampung anda berada di dalam zon merah, tidak perlu lagi pulang ke kampung. Duduk sahaja di rumah. Yang dibenarkan untuk merentas negeri adalah bagi yang menghadapi masalah kecemasan atau berada di zon hijau sahaja.


·         Kurangkan ke tempat awam – sekiranya anda menjaga ibubapa yang melebihi umur 60 tahun atau mempunyai anak kecil dibawah umur 12 tahun, kurangkan daripada membawa mereka ke tempat-tempat awam atau bersesak dengan orang ramai.

Antara aktiviti yang masih dilarang semasa PKPB ini ialah;


ü  Hiburan & Riadah – panggung wayang, karaoke, taman tema, muzium, busking dll


ü  Perarakan & Perhimpunan – aktiviti keagamaan, masjid (hanya beberapa jemaah sahaja dibenarkan)


ü  Exhibition – pameran kerjaya, karnival jualan


ü  Travelling – perjalanan domestik sudah dibenarkan untuk mulai beroperasi tetapi perjalanan antarabangsa masih belum dibenarkan


ü  Sosial – kenduri kahwin, mesyuarat secara besar-besaran, perhimpunan

Sebab-sebab utama kenapa perkara di atas masih dalam langkah berjaga-jaga adalah;
Ø  Sukar untuk mengawal keadaan jika terlalu ramai individu yang terlibat dalam satu masa yang sama
Ø  Terdedah kepada udara melalui pernafasan
Ø  Sukar untuk mengawal perilaku
Ø  Direct contact dengan individu yang lain
Ø  Berada dalam ruang tertutup dalam jangka masa yang lama

p/s: Ini adalah untuk peringatan bersama. Jauhi tempat awam dan elakkan daripada bersesak. Amalkan juga menjaga kebersihan dengan mencuci tangan dan mandi sebaik sahaja pulang ke rumah. Bercakap mengenai mandi, anda sudah cuba gel mandian aromaterapi dari Ikonlady ini? Ayuh klik disini; www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!