COVID-19 : Kepentingan Mencuci Tangan




Sejak wabak pandemik Covid-19 yang menyerang Malaysia awal tahun, pelbagai pencegahan telah pun dilakukan oleh kerajaan dan setiap individu di negara ini. Antaranya menjaga penjarakkan sosial (social distancing), elakkan daripada keluar rumah dengan kerap dan paling utama adalah menjaga kebersihan diri.

Kementerian Kesihatan menyarankan untuk selalu mencuci tangan selepas pulang daripada melakukan aktiviti luar. Walaupun hanya ke kedai atau supermarket sekadar membeli-belah barangan runcit. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria / virus melekat pada tangan dan baju merebak pula ke dalam rumah yang dijamin selamat. Jangan menyentuh mana-mana permukaan dalam rumah sebelum anda mencuci tangan.

Tahukah anda bahawa 98% penyebaran kuman adalah daripada tangan anda sendiri? Maka menjaga kebersihan bermula dari tangan merupakan salah satu langkah agar terhindar dari penyebaran penyakit merbahaya. Tidak perlu masa yang lama. Cukuplah hanya anda perlukan 15 – 30 saat sahaja untuk mencuci tangan sebersihnya.

Manfaat mencuci tangan adalah untuk elakkan infeksi atau penyebaran penyakit merbahaya dan kuman akibat bakteria / virus dapat dihapuskan dengan segera. Amalkan sifat menjaga kebersihan dengan mencuci tangan setiap hari selepas pulang ke rumah dari melakukan aktiviti luar, keluar dari tandas dan sebelum serta selepas makan.

Langkah-langkah mencuci tangan dengan betul seperti berikut;

·         Basahkan tangan dan ratakan sabun ke seluruh tapak tangan
·         Gosok kedua-dua belah tangan selama 10 saat setiap satunya
·         Gosok dengan betul di celah-celah jari
·         Gosok dengan kuku di tapak tangan untuk menghapuskan kuman dan bakteria yang melekat
·         Gosok di bahagian belakang tangan dan celah jari
·         Bilas tangan anda dengan air yang mengalir (air paip)
·         Langkah akhir, keringkan tangan anda dengan tisu

Amalkan 7 langkah ini setiap hari, kesihatan anda pasti terjamin selamat. Nampak sahaja seperti leceh, tetapi masih banyak kebaikan yang boleh kita manfaatkan daripada pencegahan ini.

p/s : Apa kata selepas mencuci tangan, anda gunakan sabun gel mandian aromaterapi ini untuk menjadikan pengalaman bersiram anda sesuatu yang menyegarkan? Jom klik disini; www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!