Skin 101 : Atasi Masalah Alahan Pada Kulit Kering



Kulit kering biasanya terjadi akibat individu tersebut alami reaksi alahan / alergik terhadap habuk, pemakanan, penggunaan sabun yang tidak bersesuaian, cuaca atau keadaan sekeliling. Salah satu penyebab utama juga kepada kulit kering adalah penurunan tahap kelembapan dalam kulit anda yang menjadikan kulit gatal, rengsa, pedih, merekah atau iritasi.

Faktor yang menyumbang kepada penyebabnya adalah mandi. Jika mandi menggunakan air panas dengan kerap, kulit akan hilang minyak semulajadi dan menyebabkan kekeringan. Kulit normal dan sihat sebenarnya dilapisi dengan lapisan lemak, lembap dan anjal. Kulit menjadi masalah kering akan lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling terutamanya suhu. Ruam akan mula muncul dan timbul kerosakan kulit.

Seperti artikel yang terdahulu, beberapa tips yang perlu diamalkan jika anda alami masalah kulit kering seperti;





·         Rajin menggunakan pelembap
-          Selalu gunakan pelembap (moisturizer) atau lotion dan sapukannya pada bahagian kulit kering. Terutamanya selepas mandi atau mencuci muka. Ini kerana selepas rutin tersebut, sementara kulit hendak kembali normal, ianya akan menjadi kering sedikit. 
-          Pilihan pelembap juga harus bersesuaian seperti bertekstur ringan dan lembut. Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya seperti paraben, alkohol, merkuri, SLES dan sulfat.
-          Elakkan juga daripada memilih pelembap yang mengandungi pewarna dan pewangi tiruan serta bahan pengawet tambahan.




·         Redakan kegatalan kulit
-          Jika anda alami kulit gatal yang melampau, cuba teknik kompreskan air batu ke bahagian tersebut.
-          Jangan garu! Ini kerana kulit merupakan bahagian yang berbisa jika terkena pada kulit kering.




·         Pilih sabun mandi yang bersesuaian
-          Usah memilih sabun mandi yang ada pewangi kerana secara umumnya sabun-sabun seperti ini mengandungi bahan yang dapat menghilangkan kelembapan dari kulit secara semulajadi sehingga menyebabkan kegatalan.
-          Pilih jenis ringan, tanpa pewangi dan bersifat hypoallergenic. Atau anda juga boleh memilih sabun yang bersesuaian untuk kulit sensitif.
-          Selain itu, hadkan masa mandian anda selama 10 – 15 minit sahaja setiap kali mandi. Jangan terlalu lama. Tidak elok biarkan kulit berendam dalam air dengan lama.
-          Jangan mandi menggunakan air panas kerana ianya akan menyebabkan kulit menjadi kurang lembap.




·         Pentingnya ada humidifier
-          Buat anda yang sering berada di dalam kawasan berpenghawa dingin, terbaik jika letakkan humidifier di dalam ruang tersebut. Aircond menjadi salah satu penyebab penyumbang kepada kulit kering.
-          Humidifier dapat memberi lembapan pada ruang diami dan juga atasi alahan buat yang memiliki kulit kering.




·         Jangan merokok! Jauhi perokok!
-          Rokok adalah faktor utama kepada kulit kering dan kasar. Bukan sahaja ianya membahayakan kesihatan malahan menyebabkan aliran darah pada kulit menjadi kurang lancar.



·         Jaga kebersihan diri
-          Jangan hanya kerana kulit kering dan gatal, anda menjadi malas mandi atau jaga kebersihan diri!
-          Pastikan selalu menjaga kesihatan kulit agar ianya kembali menjadi normal atau tidak merengsa.

p/s : Sudah cuba gel mandian aromaterapi dari Ikonlady? Nah, yang pastinya gel mandian ini tidak akan menyebabkan kulit kering kerana mengandungi bahan-bahan semulajadi. Ayuh klik disini untuk info lanjut; www.ikonlady.com.my    

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!