Kulit Kering : Punca dan Tips Penjagaan Dengan Sempurna




Setiap wanita Asia mempunyai struktur kulit yang berbeza. Ada yang memiliki kulit jenis normal, kombinasi, sensitif, berminyak dan kering. Kulit yang paling mudah untuk dijaga adalah jenis normal. Tetapi tahukah terdapat cara untuk mengetahui jenis kulit yang dimiliki oleh anda. Sebelum melakukan sebarang perawatan atau membeli apa sahaja produk skincare, harus anda periksa terlebih dahulu jenis kulit.

Ini kerana untuk mengelakkan kulit anda akan menjadi lebih bermasalah dan dikhuatiri pula timbul penyakit kulit. Wajah merupakan bahagian yang paling sukar untuk dijaga. Jika alami masalah seperti kering atau mengelupas, penampilan anda akan tampak tidak menarik. Jenis kulit juga akan berubah samada mengikut cuaca, gaya hidup atau penggunaan produk yang tidak bersesuaian.



Jenis kulit ini disebabkan oleh;
ü  Faktor genetik
ü  Penuaan
ü  Perubahan hormon
ü  Cuaca
ü  Sinaran matahari
ü  Radiasi UVA & UVB
ü  Kerap mandi air panas
ü  Bahan kandungan aktif dalam produk skincare / sabun mandian
ü  Makeup
ü  Pengambilan ubat-ubatan


Kulit kering ini cenderung kepada kulit menjadi kasar, bersisik dan cepat gatal. Tambahan pula jika anda menggunakan pencuci muka, wajah akan tampak mengelupas. Beberapa tips yang boleh digunakan untuk merawat kulit kering adalah;

·         Cuci kulit wajah anda dengan air suam (ratio : 1 cawan air sejuk dan 2 cawan air panas). Dicuci dengan pembersih bertekstur ringan hanya sekali sehari sahaja. Jangan menggosok kulit dengan kasar samada semasa mencuci wajah atau kulit badan. Lap kulit dengan tuala secara “dab” sahaja.
·         Elakkan mandian menggunakan air panas kerana minyak yang ada pada kulit akan hilang.
·         Untuk kulit kering, wajib menggunakan pelembap setiap kali selepas mencuci muka atau mandi.



Bagi yang alami kulit jenis ini, anda akan mudah terasa kulit tegang dan keras. Ada juga kulit akan menjadi kusam akibat pengumpulan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit. Cara untuk memilih produk yang bersesuaian dengan kulit kering ialah;

Ø  Lihat label kandungan terlebih dahulu
Ø  Elak daripada memilih produk yang terkandung alkohol, paraben, SLES, sulfat dan bahan aktif yang lain
Ø  Cuci kulit wajah 1 kali sehari dan gunakan skrub 1 – 2 kali seminggu
Ø  Gunakan produk yang mempunyai perawatan terbaik untuk kulit kering
Ø  Pastikan bahan yang terdapat dalam skincare / sabun mandian adalah 100% organik dan semulajadi

p/s : Jangan lupa gunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady yang menggunakan bahan semulajadi. Ianya tidak akan menyebabkan kulit merengsa atau iritasi. Ayuh klik disini; www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!