Covid-19 : Tips Menjaga Diri Selepas Tamat Tempoh PKPB




Sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah pun ditamatkan, orang ramai mula dibenarkan untuk rentas negeri dan kembali melakukan aktiviti seperti biasa walaupun masih dalam fasa pemulihan. Tetapi kita juga harus menjaga tahap kesihatan diri agar tidak mudah dijangkiti wabak pandemik yang masih belum beransur pulih di seluruh dunia.

Bermula 10 Jun, segala premis perniagaan mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat manakala pusat-pusat aktiviti seperti pusat gym dan riadah yang lain akan beroperasi bermula 15 Jun ini. Sekolah juga beroperasi ada 24 Jun tetapi hanya bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan penting seperti SPM, STPM, STAM dan STVM. Manakala bagi pelajar darjah 1 sehingga Tingkatan 4 akan dijangka mula kembali ke sekolah pada Oktober ini.

Wabak pandemik Covid-19 masih belum berakhir kerana tiada penemuan vaksin yang dapat melawan penyakit merbahaya ini. Apa yang perlu anda lakukan untuk elakkan daripada timbulnya kluster baru? Ya, lakukan penjarakkan sosial 1 meter dari setiap individu kecuali yang duduk serumah. Elakkan daripada berada di tempat awam terlalu lama dan sebaik sahaja pulang, pastikan anda mencuci tangan serta mandi dengan kadar segera.

Terdapat juga beberapa kepentingan lain yang perlu anda lakukan sepanjang pandemik ini masih belum berakhir;



·        Face mask / Topeng muka
-          Pemakaian topeng muka amat penting jika anda melakukan pekerjaan yang memerlukan berjumpa dengan orang ramai. Terutamanya bagi anda yang sakit seperti demam, batuk dan selesema, digalakkan untuk memakai face mask agar kuman tidak mudah terjangkit pada orang lain.
-          Pastikan face mask anda menutup hidung dan mulut dengan sempurna serta tidak mempunyai ruang agar udara tidak bersih menembusi topeng tersebut.
-          Penggunaan face mask hanyalah untuk sekali pakai sahaja. Elakkan daripada menggunakannya berulang-kali. Ini kerana kita tidak pasti samada kuman atau bakteria telahpun melekat pada topeng tersebut.
-          Sebaik sahaja pulang ke rumah, lipat topeng muka tersebut dan buangkannya ke dalam tong sampah. Jangan letak merata-rata di mana-mana permukaan dalam rumah anda.



·        Hand glove / sarung tangan
-          Bagi anda yang melakukan kerja bersentuhan dengan individu yang lain, penggunaan sarung tangan adalah digalakkan. Tetapi jika anda keluar membeli-belah atau barangan keperluan rumah, gunakan di luar sahaja tetapi tidak semasa memindahkan barang atau menyentuh mana-mana permukaan seperti stereng kereta atau perabot di rumah anda.
-          Ini kerana jika anda memakai sarung tangan, dikhuatiri kuman atau bakteria yang melekat pada sarung tangan tersebut akan berpindah.



·        Sanitizer
-          Disarankan untuk anda memiliki dan membawa hand sanitizer kemana sahaja anda pergi. Tidak kira samada ke tempat kerja, kuliah, sekolah ataupun melakukan aktiviti luar.
-          Pastikan anda memakainya setiap masa dan cuci tangan sebelum anda keluar dari tandas. Amalkan penjagaan kesihatan ini agar di jauhi daripada dijangkiti penyakit merbahaya ini.

p/s : Anda sudah cuba atau belum gel mandian aromaterapi dari Ikonlady? Ayuh klik disini; www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!