Eczema : Merbahaya Atau Tidak?




Seperti yang anda ketahui, ekzema membawa maksud penyakit kulit. Tetapi tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ekzema sebenarnya? Ekzema atau radang kulit yang mengakibatkan kegatalan pada permukaan kulit tidak kira samada di wajah atau badan. Terdapat 2 jenis penyakit ekzema yang kebiasaannya dihidapi oleh orang dewasa, kanak-kanak atau bayi adalah dermatitis atopik (atopic dermatitis) atau ekzema atopik (atopic eczema).

Bagi kes-kes ekzema pada bayi adalah jenis ekzema atopik yang bermula dengan timbulnya bintik-bintik merah di pipi dan dikawasan lain yang mana kadangkala berair juga. Seakan-akan chicken pox. Elakkan daripada bayi anda menggaru dikawasan tersebut. Ini kerana jika digaru, ruam akan menjadi lebih kasar, berair dan tebal.




Apakah penyebab ekzema atopik terjadi?

·         Masalah penyakit genetik yang diwarisi secara turun-temurun, contoh seperti mutase gen filaggrin. Penyebab kurangnya daya tahan kulit untuk menghalang radikal bebas masuk ke dalam kulit. Lembapan juga tidak dapat dikunci dengan sempurna menyebabkan kulit menjadi kering.
·         Sistem imun pada bayi masih belum matang.
·         Pencemaran alam sekitar.


Apakah tips untuk hindari dari ekzema berlaku semula?

Tips ini bukan sahaja baik untuk bayi, malahan juga sesuai untuk diamalkan buat orang dewasa agar kulit tidak menjadi bermasalah. Cari faktor yang menjadi pencetus kepada terjadinya ekzema.

§  Habuk – gunakan penyedut habuk yang dilengkapi dengan penapis HEPA, kerapkali tukar cadar katil agar dapat mengelakkan hama dan tidak menggunakan karpet dari jenis berbulu.
§  Hindari dari selalu terdedah kepada cahaya matahari yang akan menyebabkan berpeluh. Juga elakkan daripada selalu berada di dalam tempat berhawa dingin kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi kering.
§  Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi tentang pengambilan makanan harian anda.
§  Makanan pencetus ekzema adalah susu lembu, telur, soya, gandum, kekacang dan makanan laut. Elakkan semua diatas.




Tips untuk kurangkan gatal akibat ekzema;

Apabila kulit menjadi gatal, kita akan secara automatiknya menggaru. Tidak kira semua peringkat umur, itu adalah tindakan refleks. Tetapi bagaimanakah cara untuk mengurangkan rasa kegatalan akibat ekzema?

ü  Wajib untuk memakai pelembap setiap hari dan waktu agar kulit sentiasa kekal hidrasi sepanjang masa. Gunakan juga pembersih bebas sabun, alkohol, merkuri dan paraben.
ü  Jika terlalu gatal, elakkan daripada menggaru menggunakan kuku kerana kuku adalah bisa untuk kulit sebegini.
ü  Sapukan ubat yang mengandungi sensasi pendingin seperti mentol agar dapat kurangkan rasa kegatalan pada kulit anda.
ü  Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas yang ringan dan lembut agar dapat menyerap peluh.
ü  Lap peluh terutamanya dibahagian pelipat kerana peluh adalah penyebab kegatalan pada kulit.

Tiada ubat yang terbaik boleh digunakan untuk merawat ekzema kerana ini juga merupakan penyakit genetik. Elakkan daripada pengambilan bahan-bahan merbahaya seperti steroid. Ianya tidak akan menyembuhkan penyakit kulit ini, malahan jika buat sesetengah orang tidak sesuai, ia akan menyebabkan penyakit ekzema menjadi lebih melarat.

p/s : Jika anda ingin menyegarkan kulit, gunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady ini. Ianya tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kulit menjadi tambah bermasalah. Ingin tahu lebih lanjut? Ayuh klik disini; www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!