Asteotosis : Penyebab dan Cara Merawatnya




Musim pandemik Covid-19 masih belum reda, kini tiba pula musim panas yang sememangnya berlaku setiap tahun bermula dari bulan May sehingga Julai. Pada musim inilah yang membuatkan sesetengah orang berasa resah kerana kulit mudah menjadi kering dan timbul masalah seperti iritasi dan rengsa.

Kulit kering juga menimbulkan kegatalan pada kulit dan menampilkan kulit tidak sempurna. Dalam perkataan lebih saintifiknya, kulit jenis ini dipanggil sebagai asteotosis. Ianya terjadi akibat penghadang kulit tidak berada dalam keadaan yang baik dan kelenjar sebum menghasilkan rembesan kurang dari sepatutnya. Kadangkala, kita mungkin tidak sedar akan terjadinya kulit kering sehinggalah ianya menjadi pecah dan radang.

Kulit merekah juga berpotensi terkena infeksi jika tidak dirawat dengan segera. Penyakit ini akan menyebabkan kulit anda alami kegatalan yang teruk, kulit terasa panas dan tidak selesa. Ini juga akan menganggu aktiviti harian anda jika kulit menjadi sebegini. Faktor penyebab kulit kering untuk dalaman adalah malnutrisi, penurunan fungsi ginjal atau alergi yang menghilankan lembapan pada kulit.

Manakala buat luaran, mungkin disebabkan oleh suhu udara yang ekstrim, sinaran UV, berendam atau mandi dengan air panas untuk jangka masa yang lama. Antara penyebab lain adalah faktor usia yang mempercepatkan proses penuaan kulit.


Bagaimanakah cara untuk merawat kulit kering?

Gunakan produk khusus untuk merawat dan membaikpulih kulit kering. Elak menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, alkohol, paraben, sulfat dan SLES. Tidak kira samada untuk kegunaan mandian mahupun penjagaan kulit, perhatikan label produk tersebut terlebih dahulu. Wajib untuk gunakan pelembap setiap hari sepanjang masa.

Ini adalah untuk mengekalkan dan mengunci lembapan agar kulit tidak mudah terhidrat. Gunakan produk yang mengandungi susu kambing, petrolatum, minyak zaitun dan Jojoba. Juga elakkan produk yang diformulasi dengan pewangi, pewarna atau bahan pengawet tambahan.




Antara tips-tips lain;

·         Perbanyakkan meminum air putih/kosong/suam untuk kulit sentiasa tampil lembap
·         Elakkan mandi menggunakan air panas dengan kerap
·      Gunakan produk yang mengandungi bahan semulajadi samada untuk mandian atau penjagaan kulit
·   Tingkatkan nutrisi dalam anda dengan pengambilan suplemen yang bersesuaian (dapatkan nasihat doktor, jika perlu)

p/s : Pastikan anda menggunakan pelembap dengan kerap agar kulit kekal hidrasi sepanjang hari. Jangan lupa semasa mandi gunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady ini. Ianya tidak akan mengeringkan kulit dan sentiasa kekal lembap. Ayuh klik disini untuk info lebih lanjut; www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!