Apa itu XEROSIS?




Xerosis adalah perkataan yang lebih spesifik di dalam istilah perubatan atau dimaksudkan dengan kulit kering. Ianya boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan, tidak kira peringkat umur. Tetapi lebih berisiko kepada yang sudah lanjut usianya. Xerosis bisa terjadi kepada individu yang tinggal di tempat sejuk atau mempunyai keadaan cuaca dengan kelembapan rendah.

Cara untuk elakkan daripada terkena Xerosis adalah dengan meminum air putih / masak secukupnya. Badan anda memerlukan cecair yang mencukupi untuk mengekalkan lembapan dan hidrasi pada kulit agar kekal lembut, segar serta bermaya setiap masa. Mungkin sesetengah daripada anda sudah menghidapi Xerosis tetapi tidak tahu simptom-simptomnya.




Ini adalah gejala Xerosis yang boleh anda perhatikan;

·         Kulit menjadi kering, kasar dan bersisik terutamanya dibahagian lengan.
·         Pucat, kusam dan kulit menjadi keputihan tanpa memakai sebarang produk pemutih.
·         Sesetengah daripada anda juga mungkin alami kulit kemerahan akibat iritasi.
·         Kulit mudah pecah-pecah, mengelupas dan merekah sehingga mengeluarkan darah.

Kulit ‘kemarau’ atau alami tahap kekeringan melampau seringkali menghadapi masalah kegatalan. Sudah pasti anda akan menggaru menggunakan kuku. Jangan! Itu akan menimbulkan infeksi pada kulit anda.


Jika ianya berterusan, segeralah berjumpa dengan yang pakar untuk merawat masalah ini;

§  Kulit mengelupas dengan teruk.
§  Kemunculan ruam besar sebentuk cincin.
§  Kulit tidak bertambah pulih walaupun selepas memakai pelbagai krim rawatan.
§  Mula mengeluarkan cecair seperti nanah atau darah.

Penyebab Xerosis;

v  Disebabkan oleh penyakit genetik yang menjadi turun-temurun dalam salasilah keluarga anda
v  Menopaus
v  Dehidrasi
v  Tiroid
v  Kegagalan fungsi ginjal
v  Kurang gizi atau zat nutrisi dalam badan
v  Berat badan menurun secara mendadak
v  Tidak sesuai dengan ubat-ubatan seperti diuretik, retinoid atau chemotherapy
v  Penggunaan sabun yang mengandungi bahan kimia seperti pewangi tiruan atau merkuri
v  Gosok kulit dengan kasar semasa mengeringkan kulit
v  Kerap mandi dengan air panas
v  Terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari

Meskipun, penyakit ini terjadi tidak kira umur tetapi yang lebih berisiko untuk terkena Xerosis adalah peringkat umur 40 tahun ke atas. Ianya boleh juga terjadi kepada anda yang mempunyai hobi berenang atau pekerjaan yang memerlukan anda berendam lama di dalam air terutama yang mengandungi klorin.

Cara untuk ubati Xerosis adalah dengan menggunakan pelembap yang mempunyai bahan oil-based kerana ianya lebih efektif berbanding water-based. Jika kulit yang anda rawat masih belum pulih, berjumpa dengan doktor pakar kulit adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Doktor selalunya mengesyorkan krim yang mengandungi bahan seperti hydrocortisone.




Tips untuk mencegah Xerosis :

ü  Jangan mandi terlalu lama
-          Jika mandi terlalu lama, minyak semulajadi yang ada pada kulit akan mula hilang terutamanya dengan penggunaan air panas. Cukup sekadar 5 – 10 minit sahaja sekali mandian.
ü  Pelembap kulit
-          Gunakan produk yang tidak mengandungi alkohol. Boleh juga gunakan baby oil.

ü  Pasangkan humidifier
-          Untuk kulit kering, bukan sahaja kulit yang harus sentiasa lembap tetapi ruangan udara juga harus mengekalkan lembapan. Ruangan yang kering akan membuatkan kulit terasa iritasi, gatal dan merengsa.

ü  Lindungi kulit semasa cuaca dingin
-          Jika anda berada di kawasan yang bercuaca dingin, pakaian haruslah menutup kesemua kulit anda yang mudah terdedah kepada cuaca tersebut. Ini untuk elakkan kulit bertambah kering.

ü  Elakkan terdedah kepada sinaran matahari
-          Jangan dedahkan kulit terlalu lama kepada cahaya matahari. Ini akan membuatkan kulit anda menjadi kering dan gatal.

ü  Konsumsi Omega-3
-          Amalkan pemakanan yang mengandungi Omega-3 seperti ikan salmon yang menghasilkan lemak bagi membantu melembapkan kulit.

p/s : Untuk kulit kekal lembap dan berseri, cubalah gel mandian aromaterapi dari Ikonlady ini. Ayuh klik disini; www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!