Terapi Minda, Hidup Lebih Bahagia

Apa itu terapi minda? Terapi minda merupakan cara kita mengawal minda agar tidak berfikiran negatif sepanjang masa dan mengelakkan daripada timbul kesan stres. Tekanan atau depresi akan menjadi penyakit no.1 di seluruh dunia menjelang tahun 2020. Maka, terapi minda adalah penting untuk menjauhi diri daripada perkara yang tidak diingini. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk terapi minda seperti mendengar bunyi air terjun, bunyian unggas di hutan atau burung berkicauan dan bermacam lagi. Tetapi bagi anda yang beragama Islam, digalakkan untuk mendengar alunan Al-Quran bagi menenangkan minda yang sedang kusut.

Jika hati tidak tenang dan selalu berada dalam kekusutan, ini akan menjejaskan kehidupan seharian anda. Untuk anda yang sudah mempunyai keluarga, pasti ini akan memberi impak negatif terhadap mereka. Anda akan mengalami masalah ‘overthinking’ untuk perkara yang belum terjadi. Nah, disinilah pentingnya terapi minda untuk memberikan jaminan buat akal fikiran anda akan sesuatu perkara. Dibawah ini terdapat tips berkesan untuk memberi terapi buat minda anda;

1. Solat (wajib/sunat)
- Jika anda berada di dalam keadaan bawah tekanan atau gelisah, lakukanlah solat samada wajib atau sunat. Ini adalah cara berkesan untuk memberi ketenangan buat diri anda sambil mendoakan kesejahteraan hidup di masa hadapan. Jangan lupa berdoa juga untuk memberi jaminan terhadap diri sendiri.

2. Pastikan waktu rehat yang cukup
- Tidur yang tak cukup juga mengakibatkan fikiran dan minda anda menjadi kusut. Terlalu banyak perkara yang difikirkan semasa berjaga sehingga anda abaikan kesihatan. Dapatkan waktu rehat terutamanya tidur malam yang cukup supaya anda bertenaga untuk melakukan kerja dan aktiviti keesokannya dengan lebih cergas.

3. Berbelanja (shopping!)
- Tahukah anda shopping merupakan terapi minda yang paling berkesan buat seseorang individu itu? Kepuasan membeli barangan adalah perkara yang menyebabkan anda berasa lebih tenang dan gembira. Tetapi semasa berbelanja juga haruslah berhati-hati. Jangan terlebih bajet pula. Nanti pening kepala hendak membayar hutang. Stress!

4. Jaga pemakanan
- Salah satu terapi minda adalah makan terutamanya makanan manis. Tetapi pastikan juga makanan yang diambil oleh anda kurang daripada risiko terkena penyakit merbahaya. Nanti lain pula jadinya.

5. Luangkan masa dengan baik
- Pastikan anda mempunyai masa untuk bersama keluarga. Melihat kebahagiaan yang terpapar di setiap wajah ahli keluarga anda, pasti menjadi terapi minda yang berkesan untuk anda. Diri berasa lebih tenang dan gembira.

6. Ambil masa untuk diri sendiri
- Selepas meluangkan masa bersama keluarga, apa salahnya jika anda mengambil masa bersendirian untuk diri sendiri. Ini berkesan untuk anda menenangkan diri, meningkatkan produktiviti, lebih fokus, berpeluang mencari diri anda sendiri, kualiti hubungan terjamin dan menyelesaikan masalah setelah berfikir secara waras.

7. Bela haiwan peliharaan
- Semasa penat pulang dari tempat kerja, anda sudah tentu perlukan sesuatu untuk menghilangkan kekusutan dalam diri. Inilah masanya untuk anda membela haiwan peliharaan seperti kucing. Tahukah anda kucing merupakan bahan terapi minda yang berkesan untuk setiap individu?

8. Banyakkan senyuman dan ketawa
- Secara saintifiknya jika kita banyak senyum, hormon endorphin dapat dirembeskan serta membuatkan anda lebih tenang dan ceria. Senyuman juga mampu mengubah mood seseorang daripada pemarah kepada ceria.

Tips : Anda harus sentiasa berfikiran positif dan menjadi seorang yang pemaaf. Pasti minda anda akan terbuka lebih luas dan tenang. Terapi minda ini berkesan untuk mengembalikan wajah anda menjadi awet muda.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!