7 Perkara Yang Wajib Dilakukan Semasa Pulang Berhari Raya


Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba. Anda sudah membuat ‘checklist’ penting sebelum anda bergerak meninggalkan rumah? Salah satu perkara penting sebelum pulang ke kampung yang perlu dilakukan oleh anda adalah bersihkan rumah serta memastikan keselamatan agar sepanjang beberapa hari rumah yang ditinggalkan, terjaga sempurna.

Nah, dibawah ada 7 tips penting yang perlu ada dalam ‘checklist’ anda bagi memastikan segalanya berada dalam keadaan teratur;

1. Simpan barang berharga

- Apabila tiba musim perayaan, sudah tentu kebanyakan rumah di kawasan tempat kediaman anda menjadi kosong. Pastikan anda menyimpan barangan berharga seperti barang kemas, laptop atau apa sahaja barangan yang boleh dijual semula/dipajak ke dalam tempat yang lebih selamat. Sediakan peti besi di dalam rumah dan letakkannya di tempat yang tersorok dari pandangan mata kasar.

2. Tanggalkan kepala tong gas

- Ini adalah perkara yang paling penting perlu diambil berat oleh anda semasa hendak meninggalkan rumah. Takut juga jika berlaku kebocoran gas. Sebolehnya, elakkan daripada perkara buruk dan tidak diingini berlaku ke atas rumah anda.

3. Tutup punca kuasa elektrik

- Pulang ke kampung pasti bukan hanya sehari dua. Maka, untuk menjimatkan penggunaan elektrik walaupun lampu tidak terpasang, matikan suis utama kuasa elektrik anda. Jadi anda tidak perlu risau akan masalah ‘short circuit’.

4. Tutup paip dan kolah air

- Sebelum melangkah keluar, pastikan anda membuat satu kali lagi ‘round up check’ ke seluruh rumah. Manalah tahu kalau-kalau paip air terlupa tutup. Kolah air yang ditadah juga haruslah ditutup untuk memastikan tiada nyamuk membiak di dalam air tersebut.

5. Kunci pendua

- Jika anda mempunyai kunci pendua kepada rumah anda, pastikan ianya diletakkan di tempat yang tersorok dan selamat. Jika ada jiran yang tidak pulang ke kampung, berikan satu kepadanya. Tetapi jiran itu mestilah yang anda percayai dan selamat untuk ditinggalkan kunci tersebut.

6. Maklumkan pada jiran dan PDRM

- Penting untuk anda maklumkan kepada jiran dan PDRM tentang kepulangan anda ke kampung. Ini adalah untuk menyatakan bahawa rumah anda kosong sepanjang musim perayaan ini. Jadi, tiadalah aktiviti yang mencurigakan akan berlaku pada rumah anda kerana polis peronda akan membuat rondaan setiap hari.

7. Maklum pada ahli keluarga

- Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung, pastikan anda memasang GPS, tidak kira samada pada kereta atau telefon pintar anda untuk ahli keluarga dapat memastikan di mana keberadaan anda sepanjang perjalanan. Yalah, malang kan tidak berbau. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku sepanjang pulang ke kampung. Ini adalah untuk keselamatan bersama.

Pesanan khidmat masyarakat : Pandu dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang!

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!