Tips Untuk Kembali Sensasi Dengan Shower Gel Mandian


Badan terasa letih? Tidak bermaya dan malas untuk melakukan sesuatu perkara mungkin penyebab badan anda mengalami simtom stres. Kadangkala, kita pasti berasa gelisah, tidak sedap hati dan sebagainya. Cara terbaik untuk meredakan stres adalah dengan mandi. Turunkan suhu badan yang meningkat secara tiba-tiba dengan menjirus air sejuk agar mengurangkan regangan dan melegakan kulit. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan mandi menggunakan shower gel mandian aromaterapi.

Tetapi bukan semua produk bersesuaian dengan semua jenis kulit. Ada yang mengalami masalah kulit kering, sensitif atau berminyak menjadikan pemilihan sesuatu shower gel haruslah bersesuaian. Tips memilih shower gel juga harus bertepatan. Jom ikuti tips dibawah untuk mengetahui shower gel yang sesuai untuk kulit anda;

1. Kulit kering

- Elak dari menggunakan shower gel yang mengandungi antiseptik atau jenis skrub. Ini boleh menyebabkan kulit anda bertambah kering. Tambahan pula, boleh juga menjadi penyebab utama kulit kemerahan, iritasi dan merengsa. Kulit anda pasti kelihatan kusam dan tidak bermaya.
- Gunakan shower gel yang mengandungi susu, Shea Butter, minyak zaitun atau pelembap semulajadi yang dapat melindungi kulit anda daripada kekeringan.

2. Kulit sensitif

- Untuk anda si kulit sensitif, elakkan daripada guna produk yang mengandungi paraben, merkuri atau bahan kimia merbahaya. Ini kerana bahan-bahan tersebut akan menyebabkan kulit anda tambah bermasalah dan tidak dapat membaikpulih dengan sempurna.

Tips untuk membeli shower gel sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif adalah perhatikan dengan betul label yang tertera di bekas shower gel tersebut. Gunakan yang direkomendasi oleh ahli dermatologi atau yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

1. Kulit berminyak dan normal

- Bagi yang mempunyai kulit berminyak, sebenarnya tiada masalah untuk memakai apa jua jenis produk shower gel asalkan jangan yang mengandungi minyak seperti minyak zaitun. Ini kerana kulit anda akan terasa melekit dan tidak selesa sepanjang hari.

- Gunakan shower gel yang mempunyai pelembap agar ianya dapat menghalang garis halus dan penuaan tampil di kulit badan anda. Shower gel yang mengandungi bahan dasar air (water-based) juga sesuai untuk anda.

- Untuk kulit normal, tiada masalah hendak memakai apa produk sekalipun.

Tips : Jangan lupa untuk mandi selalu agar kulit badan anda terasa segar sentiasa. Barulah ceria memulakan perjalanan pulang ke kampung di Hari Raya nanti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!