Membersih Dan Mencerah Badan Bermasalah Secara Alami


Siapa yang tidak sukakan kulit yang putih dan bersih kerana anda akan sering menjadi fokus orang ramai. Ramai wanita masa kini berlumba-lumba untuk memutihkan kulit dengan kadar segera seperti mengambil ubat pencerah, melakukan perawatan mencerahkan kulit di pusat kecantikan dan ada juga yang mengambil suntikan pemutih kulit. Ini semua dilakukan oleh sesetengah wanita bagi mendapatkan hasil kulit cerah dengan lebih cepat. Tetapi tahukah anda akan kesan sampingannya jika mengamalkan cara-cara di atas dengan tidak selamat?

Ya, isi kandungan yang terdapat di dalam produk pemutih kulit kebiasannya mengandungi sejenis bahan kimia merbahaya. Ini boleh menyebabkan kesihatan kulit badan anda akan terjejas. Ada cara yang lebih semulajadi untuk membersih dan memutihkan kulit secara alami tanpa menyebabkan kulit anda menjadi iritasi atau merengsa akibat tersalah pilih produk. Semasa hendak membersihkan kulit bermasalah, lakukan langkah pembersihan dan penjagaan dengan betul serta teratur. Barulah hasilnya memuaskan. Jom ikuti 10 tips berguna untuk membersih dan mencerahkan kulit anda;

1. Air beras

- Semasa mentanak nasi, jangan dibuang airnya. Gunakan air beras tersebut untuk mencuci kulit badan anda sambil melakukan scrub. Ini kerana air beras mengandungi asam Ferullic dan Allantoin yang berfungsi untuk melindungi serta memutihkan kulit.

2. Minyak zaitun

- Dengan kandungan zat asid Linoleic, ianya berguna untuk mengimbangi tahap pH dalam kulit serta bahan anti-oksidan ini dapat melindungi sel-sel kulit daripada radikal bebas. Gunakan minyak zaitun setiap kali selepas mandi. Amalkannya secara konsisten. Pasti hasil memuaskan!

3. Lidah buaya

- Lidah buaya atau Aloe Vera mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai aloesin, dapat menghalang pembentukan melanin pada kulit badan anda. Cara memakainya juga amat mudah. Ambil gelnya dan sapukan pada keseluruhan kulit badan. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

4. Lemon

- Buah ini dikenali dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dan kaya dengan anti-oksidan. Ianya dapat memutihkan kulit secara semulajadi dalam masa hanya 2-3 minggu dan berkesan untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit badan anda. Jangan lupa gunakan buah lemon ini semasa mandi untuk keberkesanan lebih cepat.

5. Tomato

- Bukan hanya untuk dijadikan sebagai sayuran tetapi tomato juga berfungsi sebagai satu bahan pelindung kulit yang terdedah kepada sinaran UV dengan mengembalikan kesegaran pada kulit anda. Amalkannya selama 3 kali seminggu, pasti kulit anda akan menjadi cerah dan berseri tanpa perlu mengambil ubat pemutih kulit.

6. Susu

- Tahukah anda bahawa susu juga mengandungi kolagen yang baik untuk kulit badan? Ini kerana Vitamin D dan B6 yang terdapat di dalam susu bukan sahaja dapat membantu mencerahkan kulit secara semulajadi malahan ianya juga berkesan untuk mengekalkan lembapan pada kulit badan berpanjangan.

7. Yogurt

- Dengan kandungan kalsium yang berfungsi sebagai agen untuk menjaga lembapan kulit badan agar tidak terhidrasi manakala zink pula dapat mengatasi masalah kulit bermasalah, tidak kira samada sensitif, kering atau berminyak.

8. Madu

- Tidak hanya sesuai untuk dimakan tetapi madu juga dapat bertindak sebagai agen pencerah kulit secara alami. Ianya dapat melembap kerana madu kaya dengan anti-oksidan dan penghapus sel kulit mati dengan meninggalkan lapisan kulit yang baru.

9. Avocado (Alpukat)

- Buah Avocado ini banyak mengandungi anti-oksidan, Vitamin E dan C kerana ianya bermanfaat untuk menghalang kulit daripada timbulnya garis-garis halus serta penuaan. Bagi yang selalu terdedah kepada sinaran UV, buah ini baik untuk anda. Avocado sangat efektif untuk dijadikan bahan pencerah dengan kadar yang lebih cepat.

10. Sengkuang

- Ianya merupakan salah satu bahan utama yang seringkali digunakan dalam produk kecantikan kerana sengkuang kaya dengan Vitamin B dan C yang dapat memutihkan kulit agar kekal sinar dan bermaya. Sengkuang mampu memberi rangsangan pada kulit supaya regenerasi dengan segera.

Tips penting : rajinkanlah diri untuk mandi selalu agar kulit bermasalah dapat dielakkan.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!