7 Sebab Perlu Mandi Menggunakan Limau

Tahukah anda limau adalah penawar yang mujarab untuk mengurangkan bisa pada badan serta mengelakkan daripada terkena ‘gangguan’ makhluk halus? Dalam ilmu pengubatan Islam juga kebanyakannya menggunakan limau samada untuk mandi atau diletakkan di dalam air bacaan doa. Limau juga mampu untuk memberi kesegaran pada badan dan kulit anda selepas mandi. Ini adalah kerana jus yang terdapat pada limau dapat menghapuskan segala kotoran yang melekat pada kulit. Maka, penggunaan limau dalam mandian juga amatlah penting. Gunakan air mandian limau sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Lakukan sahaja di rumah. Pasti kulit anda kembali bermaya dan segar semula. Limau juga terdapat pelbagai jenis seperti limau nipis, kasturi, purut dan lain-lain lagi. Ayuh ikuti 7 tips dibawah ini sebab perlunya anda mandi menggunakan limau;

1. Hindari gangguan makhluk halus

- Perahkan limau nipis atau purut ke dalam air dan diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Jika sememangnya terkena gangguan, badan anda akan terasa ringan selepas menjirus air limau ini. Terasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk dan kepala mula menjadi ringan.

2. Elakkan daripada penyakit

- Bagi anda yang sering mengalami masalah badan ‘penuh angin’, mandilah dengan air limau. Jika mandi anda kerap mandi menggunakan limau, badan anda akan menjadi senang untuk ‘buang’ angin.

3. Terapi minda

- Limau merupakan salah satu bahan utama yang digunakan dalam kaedah aromaterapi. Disebabkan oleh bauannya yang menyegarkan, minda akan menjadi lebih tenang dan fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan.

4. Insomnia

- Untuk anda yang sukar tidur malam, penting untuk anda mengamalkan mandian menggunakan limau ini. Kulit akan terasa tenang dan segar. Mudah untuk anda melelapkan mata selepas mandi dengan air limau.

5. Kawalan emosi

- Jika anda mengalami emosi yang tidak menentu (mood swing), perahkan air limau ke dalam tub mandian dan rendamkan keseluruhan badan anda ke dalam air tersebut. Ini bertujuan untuk menenangkan perasaan dan mengurangkan rasa tidak selesa.

6. Kurangkan penyakit lemah badan

- Anda seringkali sakit pada sendi-sendi dan lemah badan? Nah, petua mandi menggunakan air limau ini berkesan untuk mengurangkan bisa pada badan anda. Tetapi haruslah diiringi dengan bacaan doa untuk kesan yang lebih baik lagi.

7. Masalah bau badan

- Jus perahan limau adalah terbaik sebagai ubat untuk anda menghilangkan bau badan terutamanya di bahagian ketiak. Lakukan rutin ini secara konsisten agar tiada lagi bau badan yang kurang menyenangkan.

Tips penting : Jika anda mempunyai kekangan masa untuk melakukannya setiap hari, lakukan air mandian perahan limau ini seminggu 2 kali sahaja pun sudah memadai. Ini untuk mengembalikan kesegaran pada kulit dan badan anda.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!