Penyebab Insomnia dan Cara Untuk Mengatasinya

Tidur merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian seseorang manusia itu. Mendapat tidur yang secukupnya akan memberi tenaga buat anda menjalani aktiviti sepanjang hari dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tetapi sesetengah daripada kita juga mengalami masalah seperti tidur tidak cukup akibat badan terlalu letih atau lebih dikenali sebagai insomnia. Usah dipandang ringan akan masalah insomnia ini. Tidak cukup tidur akan mengakibatkan prestasi kerja / aktiviti yang dilakukan terganggu.

Pernahkah anda mengalami masalah insomnia dimana badan anda yang terasa lesu dan letih tetapi masa masih tidak boleh lelap? Apakah penyebab utama insomnia? Jom ikuti artikel kali ini yang akan memberi info lebih lanjut tentang penyebabnya;

1. Masalah secara psikologi
- Gangguan emosi atau depresi boleh mengakibatkan penyakit insomnia yang kronik. Tidur yang cukup akan membuatkan kesihatan mental dan fizikal anda menjadi baik. Tekanan perasaan akibat bebanan hutang atau cemas juga boleh menyebabkan insomnia. Misalnya anda memikirkan sesuatu isu yang akan berlaku di masa hadapan terlebih dahulu (advance thinking). Usah terlalu banyak
berfikir. Biarkan apa yang hendak terjadi, pasti akan jadi! Redha dengan qada’dan qadar.

2. Ubat-ubatan
- Ada pelbagai jenis penyakit yang boleh menyumbang kepada masalah insomnia ini iaitu parkinson, lelah, alergi, vertigo, kanser dan lain-lain lagi. Kesakitan dan badan rasa tidak selesa juga boleh menjadi penyebab utama anda berisiko mengalami insomnia. Ini kerana gangguan seperti batuk, selesema dan sesak nafas semasa anda hendak melelapkan mata seringkali terjadi.

3. Kerap tidur siang / terlalu lama
- Ini merupakan salah satu penyebab utama terjadinya insomnia. Bila terlalu lama tidur pada siang hari atau kerap tidur sebelum waktunya, pasti anda akan menjadi susah untuk tidur di waktu malam. Jika anda terlalu mengantuk, eloklah tidur sekejap dalam masa 15 – 30 minit sahaja yang dipanggil sebagai ‘power nap’. Untuk mengecas kembali tenaga.

4. Makan di lewat malam
- Waktu makan malam yang ideal adalah daripada pukul 6pm – 7pm agar makanan tersebut dapat diproses oleh sistem pencernaan dengan baik sebelum tiba waktu tidur. Ambillah makanan yang mudah dicerna dan elakkan daripada memakan makanan pedas. Jika makan tu haruslah beringat. ‘Berhenti sebelum kenyang’.

5. Elakkan daripada kafein, alkohol dan nikotin
- Seperti yang anda ketahui, meminum kafein akan membuatkan kita susah untuk tidur di waktu malam akibat badan berasa tidak selesa. Elakkan juga daripada alkohol dan nikotin sekurang-kurangnya 8 jam sebelum anda tidur. Ini untuk mengurangkan terjadinya masalah insomnia kronik.

6. Hamil
- Nah, ini adalah satu penyebab utama yang tidak boleh dielakkan oleh wanita berkahwin dan hamil. Perubahan hormon dan kandungan juga mengakibatkan anda menjadi tidak cukup tidur dan sering berada dalam keadaan gelisah. Sebolehnya, elakkan wanita hamil daripada ketidakselesaan. Pastikan keadaan fizikal dan mental mereka terjaga rapi agar tidak menghadapi masalah yang lain pula di kemudian hari.

Kini, terdapat cara yang berkesan untuk mengatasi masalah insomnia agar tidak menjadi kronik dan dapat dielakkan. Ikuti tips dibawah untuk kesan yang lebih baik;

1. Bersihkan tempat tidur sebelum tidur
2. Jangan lupa untuk mandi terlebih dahulu
3. Ganti baju tidur / pajama anda. Tukarlah setiap hari
4. Minum segelas air suam sebelum tidur. Susu juga boleh jika anda tidak boleh meminum air kosong
5. Makan malam 2 jam sebelum tidur. Jangan biarkan perut kosong
6. Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tidur. Buatlah senaman ringan sahaja
7. Jika masalah insomnia anda masih belum dapat diatasi, jumpalah dengan doktor pakar. Minta nasihat kepada yang lebih arif.

Tips : Tidur secukupnya dapat membuatkan kulit wajah anda tambah berseri dan bermaya. Kekal tampil awet muda!

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!