7 Cara Dapatkan Kulit Lebih Sihat Di Pagi Raya


Tahukah anda kulit merupakan organ terbesar yang terdapat pada tubuh badan kita dan memerlukan penjagaan yang sangat rapi agar tidak mengalami masalah di kemudian hari. Penjagaan kulit amat penting untuk memberi perlindungan buat tubuh badan dan kulit juga merupakan penampilan utama pada seseorang itu terutamanya buat kaum Hawa. Tambahan pula kita baru sahaja habis bulan Ramadhan, pasti kurang pengambilan cecair yang akan membuatkan tubuh dehidrasi.

Sewaktu berpuasa, cecair sampingan yang terdapat di dalam kulit anda mungkin telah disalurkan ke organ-organ penting lain dan menyebabkan kulit tampil kurang penghidratan. Jom ikuti 7 tips dibawah untuk mendapatkan kulit lebih sihat di pagi Raya;

1. Elakkan daripada sinaran UV

- Sebolehnya jauhi tempat yang terdedah kepada sinaran UVA dan UVB untuk penjagaan kulit lebih sempurna. Ini kerana cahaya matahari akan menyebabkan kekeringan pada kulit. Gunakan sunblock/sunscreen sebelum keluar untuk melindungi kulit agar tidak berlakunya ‘sunburn’ dan kekal terhidrat.

2. Deep breathing

- Kurangkan stres dengan amalan ini boleh meningkatkan pengaliran oksigen dalam tubuh badan anda dan kelancaran peredaran darah akan membuatkan kulit anda tampil sihat dan bermaya. Lakukannya secara konsisten sebanyak 2 kali sehari untuk kekal awet muda.

3. Senaman ringan

- Tak perlu lakukan senaman seperti dumb-bell lifting atau berlari atas threadmill, cukuplah sekadar berjalan (breeze walk) selama 30 minit sehari. Ini akanm menyebabkantubuh badan anda berasa lebih relaks dan tenang. Nutrien penting dapat disalurkan ke dalam sel-sel kulit jika anda kekal aktif serta paru-paru anda dapat menyerap lebih banyak oksigen untuk melawan penyakit berkaitan dengan usia.

4. Katakan tidak rokok dan makanan ‘junk’

- Bagi anda yang merokok, hentikan tabiat ini. Bukan sahaja kesihatan terjaga malahan kulit anda juga akan menjadi lebih cantik dan terjaga. Sesetengah daripada kita pasti gemarkan makanan ringan (junk food) seperti snek dan makanan manis. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan manis. Ambillah makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, telur, makanan berasaskan tenusu dan rendah lemak.

5. Fokus

- Beri tumpuan terhadap sesuatu perkara dan catitkan perkara-perkara penting untuk mengelakkan anda menjadi stres. Jika anda berada dalam keadaan stres, kulit akan menjadi letih dan tidak bermaya. Ini menyebabkan penampilan kulit anda tampak kusam dan kurang berseri. Elakkan stres, fokus dalam kehidupan anda. Capai matlamat yang diingini.

6. Tidur yang cukup

- Masa yang cukup untuk tidur bagi seseorang dewasa adalah 6 jam setiap hari. Bermula dari jam 12am sehingga 6am adalah waktu yang ideal. Jadikannya sebagai amalan harian. Kulit anda akan bertambah sihat dan minda lebih jelas. Tidur yang cukup untuk kekal produktif menjalani rutin harian pada hari berikutnya.

7. Amalkan meminum air kosong

- Tips yang paling penting untuk mengekalkan kesihatan kulit adalah minum air kosong setiap hari sebanyak 8 gelas atau 3 liter sehari. Ini adalah untuk mengekalkan kelembapan pada kulit dan kekal terhidrasi sepanjang masa.

Kulit bertambah cantik, penampilan pun awet muda!

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!