Perjalanan Pulang Ke Kampung Halaman Lebih Meriah Tahun 2019 Ini!


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri tanda penutup bulan Ramadhan untuk tahun 1440-1441H / 2019 M. Lagu Raya mula berkumandang, semangat untuk pulang ke kampung halaman bertemu dengan sanak-saudara dan juga atuk nenek menjadi satu kebiasaan setiap tahun. Sesetengah daripada anda sudah tentu akan pulang 3-4 hari lebih awal untuk menghabiskan bulan Ramadhan yang masih berbaki 3 hari sambil menyambut kedatangan 1 Syawal.

Sudah sediakan checklist sebelum berangkat pulang ke kampung? Jangan lupa untuk servis kereta anda terlebih dahulu agar tidak mendatangkan masalah semasa dalam perjalanan. Almaklumlah. Bila pulang awal, bukan hanya kita sahaja, tetapi boleh dikatakan hampir satu Malaysia yang akan turut pulang ke kampung halaman masing-masing sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas.

Berada lama di dalam kereta, pasti akan membuatkan anda berasa kurang selesa. Nah, berikan kesegaran pada kulit badan anda dengan shower gel aromaterapi 7Lime ini. Anda akan berasa cergas dan aktif sepanjang perjalanan. Diperkaya dengan 7 jenis buah limau asli iaitu Kaffir, Pomelo, Lime, Orange, Mandarin, Lemonade dan Citrus yang dapat membuatkan anda terasa ‘refreshing’ sepanjang perjalanan pulang ke kampung walaupun berada di dalam kesesakan lalulintas sehingga berjam lamanya.

Antara kebaikan pati ekstrak buah limau nipis dalam shower gel ini adalah dapat menghalang pertumbuhan jerawat, menutup liang pori, melembut, mengurangkan minyak berlebihan dan juga mencegah kedutan atau garis halus pada kulit agar bebas penuaan. Pati ekstrak buah kasturi pula ianya berfungsi sebagai agen penghapus bakteria yang menyebabkan bau badan. Kandungan Vitamin C dalam limau kasturi dapat meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh.

Manakala ekstrak buah Orange pula mampu memberikan kesan aromaterapi buat anda sambil merawat sakit kepala, mengatasi kebimbangan dan elak daripada berlakunya kemurungan. Tips penting untuk kekal segar dan bermaya; mandi atau jirus sedikit sebelum memulakan perjalanan. Tidaklah terasa letih dan lemau sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!