7 Khasiat Limau Untuk Kecantikan Anggota Badan


Jika disebut sahaja mengenai limau, pasti anda teringatkan jus perahannya yang menyegarkan dan masam. Bukan hanya boleh dibuat sebagai makanan samada digunakan untuk sambal belacan atau air minuman, malahan ianya juga boleh digunapakai buat penjagaan kesihatan anggota badan. Limau didatangi dalam pelbagai jenis dan ianya juga mempunyai 1001 kegunaan berkesan buat rejim kecantikan.

Nah, ikuti dibawah ini 7 khasiat limau yang berkesan untuk kecantikan dan kesihatan badan;

1. Kulit kepala

- Bagi anda yang sering mengalami masalah kelumumur dan kulit kepala terasa ‘flakey’, jus perahan limau ini baik digunakan untuk kulit anda. Perahkan jus limau seberapa banyak yang anda perlukan dan kemudian lumur pada kulit kepala. Pastikan jus perahan limau ini betul-betul kena pada kulit kepala untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

2. Putihkan kulit

- Limau yang terkenal sebagai agen pengelupasan, ianya dapat menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit baru. Juga mampu untuk mengecilkan dan membersih liang pori yang tersumbat akibat kekotoran. Berfungsi untuk mencerahkan kulit secara semulajadi.

3. Hapuskan nikotin

- Untuk sesiapa sahaja yang gemar menghisap rokok, limau adalah terbaik buat penghilang nikotin yang melekat pada gigi kerana ianya mengandungi asid sitrik. Hiris dan sapukan perlahan-lahan pada keseluruhan gigi anda. Pasti hasilnya berkesan setelah beberapa kali anda melakukan rutin ini.

4. Tiada masalah kulit gelap

- Jika siku atau lutut anda mengalami masalah kulit kehitaman, sapukan sahaja limau tersebut kepada kawasan yang bermasalah. Lakukannya secara konsisten. Anda pasti lihat perbezaan kulit pada bahagian yang dirawat.

5. Bersihkan kuku

- Anda alami masalah kuku kotor dan hitam? Gunakan campuran minyak kelapa dan limau. Lumurkan pada bahagian kuku anda yang mengalami masalah kekotoran dan kehitaman. Ianya bertujuan untuk mengembalikan keserian pada kuku anda. Tampil sihat dan bersih dengan penjagaan yang rapi dengan menggunakan limau ini.

6. Atasi masalah bau kaki

- Bagi sesetengah orang, semasa memakai kasut yang tertutup, anda pasti mengalami masalah peluhan yang terjadi di bahagian kaki. Ini akan mengakibatkan kaki anda cepat berbau jika tidak dibasuh dengan betul. Nah, gunakan limau untuk mencuci kaki anda agar bau masam tidak melekat pada kulit kaki. Gosokkan sahaja pada keseluruhan tapak kaki. Lebih baik jika anda rendamkan kaki ke dalam air perahan limau untuk mendapatkan hasil lebih berkesan.

7. Toksin

- Salah satu cara untuk membuang toksin dengan berkesan adalah menggunakan limau. Rasanya yang masam dan mengandungi unsur complex carbohydrate dalam limau dapat menghapuskan toksin dalam masa yang pantas. Jadikan air jus perahan limau ini sebagai minuman rutin harian anda. Ianya juga berkesan untuk menurunkan berat badan. Buat anda yang sedang berdiet, baik untuk amalkan
meminum jus limau ini.

Tips penting : Yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif, elakkan penggunaan limau selalu dalam rutin harian anda. Ini akan mengakibatkan masalah kesihatan di kemudian hari. Lakukan penjagaan kecantikan ini seminggu sekali. Walaupun hasilnya lambat tetapi selamat untuk kulit.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!