Petanda Anda Terkena Gangguan & Cara Menghindari Gangguan

Dalam kehidupan seharian seseorang manusia, pasti tidak lari daripada gangguan samada dari segi emosi, mental, fizikal dan makhluk halus. Gangguan daripada makhluk halus seperti jin dan syaitan akan menyebabkan kita hilang kawalan untuk berfikir secara waras. Ini adalah berpunca daripada terkena buatan orang atau sihir. Antara punca-punca sihir adalah disebabkan rasa ketidakpuasan hati daripada orang sekeliling, tidak kira samada di tempat kerja atau kenalan. Saudara-mara dan adik-beradik yang mempunyai perasaan hasad dengki juga tidak ketinggalan.

Punca utama adalah seperti iri hati dan menyimpan dendam terhadap anda yang boleh menyebabkan terkenanya sihir. Jika tidak diubati, ianya boleh membawa kepada kematian. Terdapat beberapa tanda-tanda gangguan yang boleh anda ketahui;

1. Anda berasa resah ketika tidur, selalu terjaga, cemas dan tidak sedap hati
2. Seringkali mengalami mimpi yang buruk
3. Mimpi melihat pelbagai binatang yang menakutkan
4. Menangis atau ketawa semasa tidur
5. Mimpi terjatuh dari tempat tinggi
6. Badan tiba-tiba terasa panas terutamanya di bahagian belakang
7. Fikiran kacau dan runsing
8. Suka marah tanpa sebab
9. Sakit kepala
10. Hilang fokus pada pekerjaan yang dilakukan
11. Sakit pada tulang punggung

Namun begitu, terdapat juga cara terbaik untuk menghindarkan diri anda atau orang sekeliling anda yang terkena gangguan sihir ini. Antaranya adalah;

1. Amalkan memakan tamar ‘ajwah atau tamar madinah. Jika tiada, makan apa sahaja jenis tamar pun tidak apa dan sambil selawat ke atas Nabi S.A.W.
2. Pastikan anda mengambil wuduk sebelum tidur. Ini kerana sihir tidak akan memberi sebarang kesan ke atas individu yang mempunyai air wuduk.
3. Solatlah berjemaah. Jika anda amalkan solat berjemaah selalu, ini akan dapat menghindarkan anda daripada mudah terkena gangguan sihir atau jin.
4. Solat tahajjud. Jangan ambil mudah tentang solat di waktu malam ini. Ini kerana syaitan mudah masuk ke dalam diri anda yang tidak mengambil berat akan solat di dinihari. Tidak mustahil syaitan juga akan menguasai diri anda.
5. Doa sebelum masuk tandas. Pastikan anda mengamalkan bacaan doa sebelum melangkah masuk ke dalam tandas kerana tandas merupakan ‘rumah tumpangan’ buat jin dan syaitan. Pintalah perlindungan serta dijauhkan daripada gangguan.
6. Pagar isteri anda setelah selesai akad nikah. Letakkan telapak tangan anda di atas ubun-ubun isteri sambil membaca doa perlindungan. Minta pertolongan daripada Allah S.W.T agar dilindungi isteri dan anda daripada gangguan sihir.
7. Bacaan ayat kursi. Amalkan membaca ayatul Kursi selepas setiap solat waktu dan sebelum tidur.
8. Zikir. Rajinkan diri untuk berzikir dan meminta diri anda dilindungi.
9. Al-Mathurat. Terdapat buku Al-Mathurat yang mengandungi zikir-zikir terbaik untuk dilindungi diri anda daripada gangguan.

Tips : Amalkan cara-cara untuk menghindarkan diri daripada terkena gangguan. InShaAllah, semoga kita dijauhi daripada perkara-perkara yang tak diingini.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!