7 Cara Atasi Masalah Kulit Kering

Setiap wanita pasti menginginkan kulit yang sihat dan cantik serta mulus. Tiada satu cela pun di wajah merupakan impian anda. Dalam pada masa yang sama jika inginkan kulit yang cantik, haruslah penjagaan kulit dilakukan dengan sempurna. Langkah-langkah kecantikan yang terdapat di Youtube atau Google boleh juga dijadikan panduan. Gunapakai sehabis baik ilmu yang dicurahkan oleh ‘beauty guru’ di Youtube.

Tetapi untuk mendapatkan kulit yang cantik, rutinnya juga menjadi semakin rumit dan remeh. Bermula dari pencuci muka, toner, pelembap sehinggalah serum, esen, krim malam/siang dan face mask yang harus anda ikuti langkahnya dengan teratur. Terutamanya buat anda yang mengalami masalah kulit kering, berminyak, sensitif dan berjerawat perlu melakukan rutin penjagaan kulit dengan lebih sempurna.

Bercerita mengenai jenis-jenis kulit, salah satu kulit yang paling susah hendak dijaga adalah kulit kering. Ini kerana jika tersalah memakai produk pasti kulit anda akan timbul ruam, terjadinya pengelupasan, penuaan, muncul garis-garis halus dan kedutan. Nah, dibawah ini ada tips berguna untuk mengatasi cara kulit kering dengan berkesan;

1. Cuaca tidak menentu

- Di Malaysia, cuaca adalah punca utama masalah kulit. Kadangkala hujan, kadangkala panas. Bila tiba musim panas/jerebu, pasti kita lebih gemar duduk di dalam tempat yang berhawa dingin. Disini bermulanya masalah untuk anda yang mempunyai jenis kulit kering. Ini kerana suhu yang dingin akan menghidratkan kulit anda sehingga tiada lembapan yang tinggal.

Cara untuk atasi : gunakan pelembap semasa berada di tempat berhawa dingin supaya kulit kekal hidrasi sepanjang masa.

2. Air mandian

- Jika anda jenis yang tidak tahan sejuk, pasti awal pagi lagi anda akan mandi menggunakan air panas. Ini akan menyebabkan lembapan semulajadi yang terdapat pada kulit akan hilang dan membuatkan kulit anda mudah menjadi kering.

Cara untuk atasi : pastikan suhu air mandian anda berada di tahap normal. Tidak terlalu panas atau sejuk. Suam. Tetapi mandian air sejuk juga baik untuk kesihatan kerana ianya boleh meredakan suhu badan.

3. Elakkan berendam terlalu lama

- Usah mandi terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan air tersejat daripada kulit dan mengakibatkan kulit menjadi kekeringan. Bukan itu sahaja malahan kulit anda akan turut menjadi kecut dan tampil kurang bermaya.

Cara untuk atasi : bataskan waktu mandian anda 5-10 minit. Tetapi haruslah mandi sekerap yang mungkin seperit 2-3 kali sehari.

4. Penggunaan sabun

- Semasa membeli sabun untuk mandian, haruslah digunakan bahan bebas antiseptik kerana bahan ini dapat menyebabkan kulit anda menjadi bermasalah dan kering jika mandi kerapkali. Kulit akan menjadi kesat dan minyak semulajadi yang terdapat pada kulit juga turut terhapus.

Cara untuk atasi : pemilihan sabun haruslah bebas alkohol, paraben dan merkuri serta kurang berbusa. Pilih sabun yang terdapat bahan pelembap dan pelindung dari radikal bebas.

5. Kurangkan penggunaan skrub

- Skrub amat penting digunakan untuk menghilangkan daki serta kotoran yang melekat pada kulit badan atau wajah. Tetapi elakkan daripada menggunakannya selalu. Kulit akan menjadi rosak dan kasar.

Cara untuk atasi : setiap kali selepas menggunakan skrub dalam mandian, pastikan anda menyapu losyen dan pelembap pada kulit agar kelembapan kulit dapat dikekalkan sepanjang masa.

6. Bersukan / bersenam

- Lakukan aktiviti bersukan untuk mengalakkan terjadinya perpeluhan agar kulit sentiasa terjaga dengan sihat. Bila kita berpeluh, toksin akan keluar dari badan dan tidak ada yang tertinggal untuk merosakkan kulit.

Cara untuk atasi : perbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kesihatan kulit agar tidak mudah menjadi kering.

7. Ambillah suplemen

- Jika anda tidak pernah mengambil suplemen, mulakannya sebagai rutin harian. Pengambilan suplemen seperti Vitamin C, baik untuk mengekalkan lembapan semulajadi pada kulit tanpa perlu memakai apa-apa jenis produk. Tetapi pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen. Takut tidak sesuai pula untuk badan anda.

Cara untuk atasi : Vitamin merupakan salah satu fungsi menstimulasi pembentukan kolagen pada kulit. Ambillah suplemen yang mengandungi minyak Omega atau daripada bahan-bahan organik.

Tips penting : Gunakan pelembap dan pelindung kulit dari matahari seperti sunscreen/sunblock untuk mengelakkan kulit menjadi kekeringan akibat terdedah kepada sinaran UVA dan UVB.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!