A Must-Have : Fashion Item Yang Diburu Hijabers!



Jika kita lihat, trend terkini samada artis atau selebriti tanah air kita yang berhijab tidak lagi mengikut gaya lama. Walaupun memakai tudung bawal, sudah bermacam-macam gaya yang diketengahkan. Bila bercakap mengenai hijab, tudung sudah menjadi satu fashion untuk wanita di generasi ini menggayakannya mengikut kesukaan sendiri. Contohnya, Yuna dan Neelofa. Gaya mereka berdua sudah menjadi ikutan wanita sekarang mengenakan hijab tidak kira samada menghadiri majlis perkahwinan atau event, ke tempat kerja, kuliah dan juga semasa Hari Raya.

Sebut sahaja tentang trend, busana muslimah kini walaupun masih mengekalkan tetapan syarak iaitu menutup aurat tetapi bergerak seiring dengan perkembangan dan peredaran zaman. Anda juga boleh lihat, terlalu banyak selebriti dan artis samada lelaki atau perempuan berlumba-lumba mengeluarkan hijab dan pakaian yang bersesuaian untuk  wanita dan ada juga harganya mengikut kemampuan anda untuk membeli. Ayuh, lihat fashion item yang diburu hijabers;

·        Hijab Instant
-        Hijab jenis ini selalu dibeli oleh orang yang malas mahu memakai tudung lilit kepala dan atau yang harus diseterika. Tudung ini paling ideal dipakai jika anda mempunyai kekangan waktu. Nah, sarungkan sahaja hijab instant ini, anda sudah bersedia untuk keluar samada ke pasar atau kompleks membeli-belah.

·        Blouse
-          Selain daripada t-shirt berlengan panjang, blouse juga merupakan salah satu pakaian yang dapat menutup aurat. Blouse wanita selalunya berlengan panjang tetapi harus juga perhatikan samada panjang baju tersebut melepasi punggung atau tidak. Elakkan daripada memakai blouse yang menampakkan bentuk badan. Takut menjadi perhatian orang. Buat tambah dosa sahaja!

·        Telekung
-        Ini salah satu item yang harus dimiliki oleh setiap hijabers. Kain telekung juga diperbuat daripada pelbagai material seperti cotton, lycra, polyester, jacquard, crepe, rayon, chiffon dan macam-macam lagi.
-      Pemilihan telekung juga haruslah bersesuaian dengan anda. Terutamanya dibahagian muka dan kain. Elakkan daripada menggunakan telekung yang bermaterial tidak mudah menyerap peluh. Ianya akan membuatkan kepala anda terasa berbahang.

·        Pashmina / Shawl
-    Dua jenis hijab ini seringkali juga menjadi pilihan wanita di Malaysia. Ada juga yang gemar memakai shawl kerana mudah untuk menggayakannya. Tetapi pilihan material untuk shawl dan pashmina haruslah yang mudah untuk menyerap peluh.
-    Elakkan daripada memakainya semasa anda banyak melakukan aktiviti luar. Ini kerana penggunaan hijab jenis ini terutamanya pashmina, tidak bersesuaian untuk anda yang kerap berjemur di bawah matahari.

·        Blazer
-    Untuk hijabers yang gemar bergaya, ini adalah salah satu fashion item yang perlu ada dalam almari anda. Pilihan blazer bersesuaian adalah tidak banyak corak atau details ke atasnya tetapi rekaan yang lebih klasik menambahkan keanggunaan anda bergaya.

·        Skirt labuh
-       Jika anda gemar mengikuti instafamous yang berhijab, pasti anda akan lihat kebanyakan daripada #OOTD mereka pasti memakai skirt labuh sebagai pelengkap gaya.
-        Semasa memilih skirt, lihat dulu pada material dan gayanya. Jangan memakai yang terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh anda.

Tips : Yang penting, haruslah mematuhi akan hukum syarak.

Notakaki : Salah satu ‘a must-have toiletries’ yang harus dimiliki adalah shower gel ini. Ayuh, segarkan badan anda dengan gel mandian aromaterapi 7Lime. Anda akan kekal segar dan aktif sepanjang hari, tidak kira masa. Jom klik disini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/  

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!