Selamat Hari Raya AidilAdha dan Selamat Menunaikan Ibadah Korban!




11 Ogos 2019 bersamaan 10 Zulhijjah, umat Islam seluruh dunia akan mengerjakan ibadah korban atau lebih dikenali sebagai Hari Raya AidilAdha. Ada juga umat Islam yang sedang gigih menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Mungkin ada sesetengah daripada anda yang menunaikan ibadah puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.

Pasti anda dapat lihat sehari atau 2 hari sebelum Hari Raya Haji, surau/masjid di kampung dan juga kawasan bandar sibuk menyediakan tempat untuk menumbangkan lembu untuk dijadikan sebagai korban. List nama-nama penerima daging sudah dilekatkan di papan maklumat.

Apabila tibanya 10 Zulhijjah, pergandakan amalan ibadah anda dengan penuh ketaatan kerana sesungguhnya ianya adalah hari yang paling afdal disisi Allah S.W.T. Ini ada beberapa cara yang boleh dijadikan amalan sebelum menyambut 10 Zulhijjah;

·         Perbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah S.W.T.
·         Lakukan amalan sunat pada malam 10 Zulhijjah.
·         Bersederhanalah dalam menyambut hari raya haji ini.

Ini adalah amalan yang anda patut lakukan semasa pagi 10 Zulhijjah menjelang tiba;

·         Mandi sunat AidilAdha dan diiringi dengan niatnya.
·         Memakai pakaian baru dan bersih. Jika pakaian semasa Hari Raya Aidilfitri masih elok lagi, gunakanlah. Elakkan pembaziran.
·      Semburkan sedikit haruman dan berwangi-wangian lah sedikit agar tidak menimbulkan rasa kurang selesa orang sekeliling.
·         Pohon keampunan dan kemaafaan daripada orang terdekat dengan anda seperti ahli keluarga.
·     Sunat untuk anda menjamah sedikit makanan dan minuman selepas menunaikan solat sunat Hari Raya AidilAdha.
·    Gunakan jalan yang berbeza semasa pergi dan balik dari masjid jika jalan pulang ke rumah anda mempunyai alternatif yang lain.
·         Lebih afdal jika berjalan kaki ke masjid atau surau berdekatan dengan rumah anda.
·     Takbir – bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
·     Solat sunat Hari Raya AidilAdha dan dengarkanlah khutbah yang disampaikan oleh khatib. Banyak pengajaran yang boleh anda ambil dan amal.
·         Ziarah kaum keluarga dan jiran tetangga yang berdekatan dengan rumah anda.
·         Bersedekah kepada yang memerlukan.

Ibadah korban juga boleh dilakukan selama 4 hari iaitu bermula daripada 10 Zulhijjah sehingga hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Nyatakan kesyukuran anda ke atas kurniaan yang diberi oleh Allah S.W.T dan tinggalkan perkara yang boleh membawa kemurkaanNya.

Notakaki : Sempena Hari Raya AidilAdha ini, apa kata berikan gel mandian aromaterapi 7Lime ini kepada ahli keluarga anda agar mereka kekal aktif sepanjang hari. Jom klik di laman web kami; https://www.ikonlady.com.my/


Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!