Tips : Kecilkan Liang Pori Terbuka




Kadangkala, kita pasti terasa kulit muka menjadi kasar dan ‘berkawah’. Ini adalah disebabkan liang pori yang terbuka luas dan tersumbat dengan kekotoran. Ianya pasti akan menganggu penampilan kulit wajah anda sehingga kelihatan kusam dan tidak bermaya. Sejak kebelakangan ini, pencemaran udara sering menjadi penyebab utama kepada masalah kesihatan samada badan atau kulit. Tambahan pula, musim panas sekarang masih dalam dalam keadaan jerebu. Matahari yang memancar terus mengena pada kulit akan membuatkan kulit anda terasa ‘digigit’.

Faktor musim dan cuaca tidak menentu akan mengakibatkan liang pori wajah anda mudah terbuka dan tersumbat. Maka, cubalah tips dibawah ini untuk membersihkan liang pori yang tersumbat akibat minyak dan kotoran;

·         Bersihkan kotoran pada kulit wajah
-         Lakukan rutin mencuci muka dengan kerap agar kulit anda bebas dari kotoran dan minyak yang tersumbat. Pastikan kulit anda bersih dan tidak ada satu kotoran pun yang melekat.
-     Cuci 2 kali sehari iaitu selepas bangun tidur untuk menyegarkan kulit muka dan waktu malam untuk mencuci kulit dari segala kotoran akibat solekan. Rutin ini sesuai untuk yang mempunyai kulit jenis normal. Yang bermasalah seperti kering dan sensitif, lakukan 1 – 2 kali seminggu untuk elakkan kulit iritasi.
-       Gunakan teknik ‘double-cleansing’ agar kulit tidak mengalami masalah yang teruk. Untuk yang berminat, disyorkan menggunakan cleansing oil dan buat si berkulit kering, gunakanlah cleansing balm.

·         Skrub wajah
-    Skrub merupakan produk untuk pengelupasan kulit yang dapat menghapus sel-sel kulit mati, khusus pada kulit wajah. Ada juga skrub muka mengandungi pelembap, tidak menyebabkan kulit bertambah iritasi buat anda yang memiliki kulit kering dan sensitif.  
-      Jika anda gemar memakai make-up, digalakkan untuk melakukan rutin skrub muka setiap minggu agar dapat membuang kotoran yang melekat pada kulit wajah.
-       Skrub mengandungi bijian di dalam pencucinya dapat membersihkan kotoran, minyak dan sebum yang melekat. Boleh didapati dari drugstore, skrub terbaik yang direkomendasi untuk semua jenis kulit adalah dari jenama St.Ives.
-      Semasa memakai skrub, lakukan urutan dengan lembut pada kulit wajah. Elakkan daripada menggosoknya dengan kasar agar kulit wajah anda tidak akan menjadi keradangan dan pedih.

·         Pilih produk yang berasid
-        Selain skrub muka, jika anda ingin hilangkan kotoran dengan lebih cepat, gunakan produk skincare yang mengandungi bahan berasid seperti asid Hyaluronik, Salicylic, Niacinamide dan Peptide.
-   Untuk yang berkulit sensitif, anda disyorkan menggunakan skincare yang mengandungi Lactic Acid atau Glycolic. Boleh juga menggunakan retinoid untuk perubahan sel kulit agar kulit lama diganti dengan yang baru.

·         Clay mask
-    Kini, terdapat lambakan produk skincare yang mengandungi bahan clay, sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan clay mask ini untuk mendapatkan hasil lebih lumayan dan pantas.
-    Ianya dapat menyerap kotoran dan membebaskan liang pori yang tersumbat dari berminyak. Liang pori kulit wajah anda akan kembali mengecil.

·         Sunscreen
-       Liang pori kelihatan besar pada kulit wajah akibat tidak melakukan penjagaan dengan betul dan biarkannya terdedah pada sinaran UV. Elakkan daripada cahaya matahari memancar terus ke kulit wajah dengan memakai sunscreen.
-          Ianya dapat memberi perlindungan sepenuhnya daripada kulit anda terkena sunburn.

·         Elakkan dari sentuh kulit wajah
-          Ini adalah salah satu perkara yang harus diambil berat oleh anda. Jangan menyentuh kulit wajah jika tangan anda tidak bersih. Tangan yang kotor boleh memindahkan minyak dan bakteria ke kulit wajah sehingga menyebabkan liang pori terbuka luas serta tersumbat.
-          Cuci dulu tangan dengan bersih sebelum menyentuh kulit wajah anda.

Tips : Bukan penjagaan kulit sahaja yang harus dijaga tetapi juga pemakanan. Kurangkan atau elakkan mengambil makanan yang mengandungi perasa tambahan.

Notakaki : Ingin bersihkan kulit dari segala kotoran dengan berkesan? Gunakan gel mandian aromaterapi ini agar kulit anda sentiasa bersih dan segar sepanjang hari. Klik disini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!