Elakkan Pemakanan Ini Jika Anda Tidak Mahu Tua Sebelum Usia!




“Umur berapa?”
“Agak-agak?”
“Erm…awal 40-an?”
Arghhhh……stressssss!!!! Paling menyampah bila ditanya soal umur. Bila disuruh agak, jauh pula dari umur sebenar. Itulah masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita yang mengalami penuaan di usia muda. Ada beberapa sebab yang menampilkan anda berada di dalam lingkungan usia tersebut samada cara pemakaian, kulit wajah ataupun lenggok badan kamu. Tetapi jangan terkejut, ya. Pemakanan juga boleh menyebabkan berlakunya penuaan pada kulit.

Makanan juga merupakan sumber penting yang dapat memberi nutrien, zat protein, vitamin, mineral dan kalsium buat badan anda agar ianya dapat berfungsi dengan lebih baik. Makanan juga memberi tenaga kepada badan supaya anda dapat menjalani aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu. Namun, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan penuaan pada kulit anda terutamanya pada kulit wajah. Penampilan pada wajah akan tampil ketara jika berlakunya proses penuaan. Nah, dibawah ini terdapat beberapa tips yang dapat anda elakkan dalam pemakanan agar kulit sentiasa kekal awet muda;

·        Makanan manis
-       Makanan yang tinggi dengan kandungan gula akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Bukan sahaja menjejaskan kesihatan malahan kedutan dan garis halus akan mula muncul pada kulit, tidak kira samada kulit wajah atau badan.
-     Elakkan daripada mengambil makanan manis seperti manisan atau gula berlebihan di dalam minuman anda. Juga kurangkan pengambilan coklat dan kek yang disalut dengan icing manisan gula. Sekali-sekala itu tidak menjadi masalah. Tetapi jangan selalu.
-   Buat yang mengalami masalah hipotermia, anda digalakkan untuk mengambil gula sekurang-kurangnya, sekali sehari. Tetapi kurangkan juga pengambilannya agar boleh elakkan penyakit diabetes.

·        Garam
-     Kurangkan garam dalam pengambilan makanan anda. Makanan dalam tin dan kentang goreng merupakan makanan yang mengandungi natrium tinggi dan garam merupakan bahan yang boleh menyimpan air. Kesan daripada itu, wajah anda akan kelihatan bengkak.
-     Elakkan daripada mengambil garam secara berlebihan. Ianya boleh menyebabkan anda kembung perut dan kulit berkedut.
-      Juga penyakit darah tinggi adalah disebabkan oleh pengambilan garam berlebihan. Maka, elakkanlah daripada memakan garam.

·        Bakar & panggang, goreng
-          Jika anda gemar memakan makanan BBQ seperti yang dibakar dan dipanggang, tahukah anda kesan hitam yang melekat pada daging tersebut boleh menyebabkan penuaan? Tompokan hitam tersebut atau dipanggil charred, mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang menyebabkan kolagen pada kulit menjadi rosak.
-        Kurangkan pengambilan makanan yang dipanggang atas arang atau bergoreng. Lebihkan yang stim atau rebus. Ambil juga makanan yang digril.
-    Pengambilan makanan bergoreng boleh menyebabkan risiko terkena penyakit janutng. Sekaligus, meningkatkan kandungan kolestrol tidak sihat dalam badan.

·        Daging proses & merah
-   Daging yang diproses seperti sosej, nuget dan burger merupakan makanan yang mengandungi bahan pengawet, boleh menyebabkan keradangan pada kulit dan mempercepatkan proses penuaan.
-       Daging merah pula boleh menjejaskan keupayaan badan untuk hasil kolagen. Kandungan lemaknya yang tepu dan tinggi boleh menyebabkan masalah jantung, strok dan kanser. 

·        Kafein
-    Sesetengah wanita pasti menjadikan kafein salah satu minuman wajib di waktu pagi samada sebelum ke tempat kerja atau ke kuliah. Minuman berkafein sebenarnya bersifat diuretik. Ianya menyingkirkan air dari badan dan boleh menyebabkan dehidrasi serta mengurangkan lembapan dalam badan. Proses penuaan juga akan berlaku dengan pantas jika tiada penghadang lembapan kulit pada badan anda.

Tips : Jagalah pemakanan anda dan seimbangkan dengan diet yang mengandungi nutrisi penting.

Notakaki : Untuk elakkan kulit hilang lembapan, gunakanlah gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya akan mengekalkan lembapan sepanjang masa dan memberi tenaga agar anda kekal aktif semasa menjalani rutin seharian. Nah, apa kata klik di laman web kami untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!