Seri Pengantin : Lakukan Tips Berguna Ini Menjelang Hari Bersejarah Anda!




Tarikh perkahwinan menjelang tiba. Hari bersejarah ini adalah detik dan momen paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Pelbagai persiapan sudah dilakukan. Hanya tinggal ijabkabul sahaja untuk disatukan. Sudah sediakan ‘checklist’ semasa dalam proses persiapan perkahwinan anda? Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, lakukan checklist agar tidak tertinggal sebarang perkara penting.  

Ada yang sibuk ke spa untuk melakukan rawatan kulit wajah dan badan. Ada juga yang mula mengamalkan gaya hidup yang sihat a.k.a diet. Yalah, khuatir pula tidak muat baju pengantin nanti. Ada juga yang masih sibuk menyelesaikan kerja-kerja yang bertimbun di pejabat oleh kerana ingin bercuti panjang tidak lama lagi.

Sesetengah daripada anda mungkin sudah mula mengubah hantaran, mengedarkan kad kahwin untuk menjemput ahli keluarga dan sahabat-handai. Mungkin ada juga yang sibuk menempah baju dan membeli barangan untuk doorgift. Pelbagai ragam pengantin yang dapat kita lihat sibuk ke sana-sini apabila tiba musim cuti sekolah. Inilah masanya setiap minggu pasti ada jemputan kahwin yang masuk ke dalam postbox.

Untuk pengantin perempuan pula, ada haruslah melakukan rawatan untuk menaikkan seri pengantin buat hari bersejarah nanti. Ingin jadi tumpuan tetamu, katakan. Ada beberapa petua yang boleh digunapakai untuk menaikkan seri pengantin jika anda ingin tampil cantik dan menawan sehingga menjadi fokus utama pada hari tersebut. Ayuh, ikuti tips dibawah;

·        Penjagaan kulit wajah dan badan
-   Lakukan perawatan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Kenalpasti jenis kulit anda terlebih dahulu dan meminta nasihat pakar kecantikan agar mereka tidak tersalah memakai produk semasa membuat rawatan.
-     Buat anda yang mengalami masalah kulit yang biasa seperti kering dan berminyak, itu tidak lagi menjadi masalah. Tetapi buat yang mengalami masalah sensitif dan berjerawat, anda harus berhati-hati agar tidak menjadi lebih teruk. Terutamanya buat yang berjerawat, pastikan anda menjaga pemakanan agar wajah tidak lagi timbul dengan parah.

·        Jauhi tekanan
-     Hindari stres terutamanya di tempat kerja atau keadaan sekeliling. Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal, kulit, rambut dan kesihatan.
-      Elakkan daripada menghadapi stres buat pengantin perempuan. Ya, kadangkala stres terjadi akibat tarikh perkahwinan makin dekat dan segala persiapan harus dilakukan dengan kadar segera.
-        Maka, lakukan persiapan awal sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh. Jadi, tidaklah kelam-kabut.

·        Kesihatan rambut
-       Elakkan daripada menggunakan alat penggayaan rambut atau produk syampu yang tidak bersesuaian dengan keadaan rambut anda. Potong rambut anda setiap 6 bulan untuk elakkannya daripada bercabang dan pecah. Kelemumur juga sering terjadi pada kulit kepala yang kerap berminyak dan berpeluh.
-        Lakukan perawatan kulit kepala agar masalah rambut tidak menjadi satu kerunsingan buat anda semasa hari bersejarah menjelang tiba.

·        Tidur
-     Pastikan anda mengamalkan tidur yang secukupnya agar badan anda terasa segar sepanjang hari dan dapat bergerak aktif. Tambahan pula, hari perkahwinan semakin dekat. Jika anda mendapat tidur yang cukup, kulit anda akan kekal anjal dan tampil awet muda.
-      Tidur tidak cukup boleh memudaratkan kesihatan. Juga membuatkan fizikal anda terasa lemah dan malas. 
-      Untuk anda yang alami insomnia, dapatkan nasihat doktor pakar agar merawat penyakit tersebut sebelum melarat.

·        Pedicure / Manicure
-       Rawatan kuku kaki dan tangan ini juga merupakan salah satu perkara penting yang tidak boleh diambil sambil lewa sahaja. Penampilan kuku yang bersih akan membuatkan anda tampil lebih yakin semasa berjumpa dengan para tetamu yang hadir untuk menyaksikan detik bahagia anda.

·        Senam
-      Kekalkan tubuh yang fit dengan lakukan senaman setiap hari. Bagi anda yang punya masa, boleh sahaja ke gym untuk lakukan senaman asas. Tetapi bagi yang mengalami masalah kekangan masa, cukuplah sekadar berjalan setiap hari selama 30 minit agar tubuh anda cergas dan aktif berpanjangan.
-       Jaga pemakanan juga penting untuk dapatkan tubuh fit. Elakkan daripada memakan junk food dan pengambilan kafein setiap masa. Cukuplah sekadar secawan kopi di waktu pagi sahaja. Bertahanlah!

Pesanan penaja : Buat yang akan melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru!

Notakaki : Bagi bakal pengantin di luar sana, apa kata anda berikan kesegaran pada kulit badan anda dengan menggunakan gel mandian aromaterapi 7Lime ini? Ianya pasti membuatkan kulit anda tampil fresh sepanjang majlis berlangsung! Jom klik disini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!