Pilihan Sunglass Yang Bersesuaian Untuk Hijabers!




Tahukah anda sebenarnya kacamata atau sunglass merupakan pelengkap gaya dan menjadi keutamaan penting sekiranya anda ingin keluar bersantai bersama keluarga atau sahabat-handai. Sesetengah daripada anda terutamanya wanita berhijab pasti dalam dilema hendak memakai sunglass ataupun tidak. Apabila hendak menarik kacamata keluar, pasti tertarik sekali anak-anak rambut yang terlekat pada bingkainya.

Tetapi memakai kacamata bukan hanya sekadar melindungi mata anda daripada terkena sinaran UV, pemilihannya juga haruslah bersesuaian agar tidak tampil pelik dan luar biasa. Terdapat beberapa tips untuk memilih sunglass bersesuaian buat si hijabista. Yang paling utama, kenali terlebih dahulu bentuk wajah anda;

·        Pilih gaya yang sesuai dengan bentuk muka
-     Jika ada mempunyai bentuk wajah bulat, pilih frame yang buatkan wajah anda tampil lebih panjang dan tipis. Untuk yang memiliki wajah bentuk hati, jenis frame sunglass yang besar sesuai buat anda. Bagi anda berwajah persegi, pilihlah yang berbentuk bujur atau bulat. Dan buat yang memiliki bentuk wajah bujur sirih, untungnya anda boleh memakai frame bentuk apa sekalipun.

·        Gunakan sunglass mengikut hijab
-      Cadangan wanita berhijab selalunya gunakan sunglass yang mempunyai bingkai tipis agar senang untuk memakai dan membukanya.

·        Frame polos
-          Buat anda yang ingin membeli kacamata, pilihlah yang mempunyai rona sesuai untuk semua warna baju atau hijab anda. Jika memilih frame direka dengan corak yang banyak, nanti tampak tidak sesuai pula dengan hijab bermotif anda.

  ·        Elakkan memakai inner yang ketat
-     Bukan hanya pemilihan kacamata sahaja yang harus bersesuaian, pemakaian hijab juga semestinya dari material lembut dan tidak ketat agar ianya tidak menekan tangkai kacamata sehingga menyebabkan di bahagian tepi tempurung kepala anda berbekas. 

·        Jarum peniti pada hijab
-       Kebanyakan hijabers, pasti memakai jarum peniti terutamanya bagi yang menggunakan shawl atau bawal dari material yang lembut. Pastikan jarum peniti di hijab anda tidak menghalang tangkai kacamata untuk pemakaian sunglass dengan lebih sempurna.   

·        Terokai reka bentuk menarik
-   Bagi anda, pemakaian sunglass cukuplah sekadar melindungi mata daripada terkena pancaran sinaran matahari. Langsung tidak kisah tentang reka bentuknya samada kena atau tidak dengan bentuk wajah anda. Jangan begitu! Pastikan anda terokai reka bentuk sunglass yang menarik untuk dicuba.

·        Anti-karat
-          Pastikan pemilihan frame sunglass anda daripada material tahan karat. Ini kerana semasa memakai sunglass, anda berkemungkinan berada dibawah cahaya matahari dan menyebabkan berlakunya perpeluhan. Jika bingkai yang tidak tahan karat dan terkena peluh, kulit wajah anda akan terasa sakit semasa memakainya.

Tips : Jangan pilih yang berjenama dan mahal sahaja. Pilih yang ada kualiti. Murah, tidak semestinya tiada kualiti. Yang penting, ikut kemampuan.

Notakaki : Bila bercakap mengenai kulit terdedah kepada sinaran UV, apa kata cuba gel mandian aromaterapi 7Lime ini untuk melindungi kulit anda. Ianya mengekalkan lembapan dan mengembalikan kesegaran pada kulit badan anda. Jom klik di laman web kami untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!