Mandian Air Panas? Berkesankah Untuk Merawat Kesihatan?




Mandi adalah satu perkara yang wajib dilakukan oleh anda sebaik sahaja menjelang waktu pagi. Lebih baik lagi jika anda mandi sekurang-kurangnya 2 – 3 kali sehari. Ianya dapat memperkuatkan lagi sistem pertahanan badan anda dan baik untuk melawan virus atau penyakit yang menyerang. Tetapi suhu air yang manakah pilihan anda? Panas atau sejuk? Tidak kira samada anda mandi dengan menggunakan air sejuk atau panas, kedua-duanya baik untuk kesihatan badan.

Tahukah anda rahsia keremajaan wanita Jepun adalah dengan mandi menggunakan air panas? Mandian semulajadi ini mengandungi natrium klorida dan kalsium yang terkenal dengan sifat-sifat terapinya. Mandian air panas ini dipanggil sebagai onsen. Jika anda mandi dengan kerap menggunakan air panas, ianya dipercayai boleh membantu anda menghilangkan kotoran dan toksin yang melekat pada kulit. Sekaligus membuatkan kulit anda tampil glowing dan bermaya.

Dibawah ini terdapat kebaikan dan risiko mandi menggunakan air panas;

·        Atasi flu dan sakit kepala
-      Jika pembuluh darah pada kepala menjadi sempit, ianya akan menyebabkan berlakunya sakit kepala secara berterusan. Kurangkan tekanan pada pembuluh darah di kepala anda dengan mandi menggunakan air panas agar aliran darah dapat mengalir lebih lancar.
-     Mandian air panas juga dapat melegakan selesema dan demam. Ianya dapat membantu sistem imunisasi melawan virus merbahaya.

·        Otot lebih tenang
-          Mandian air panas dapat membantu otot anda yang tegang berasa lebih tenang dan relaks. Terutama jika anda berada di dalam tekanan dari tempat kerja atau keadaan sekeliling, sebaiknya mandi atau berendam di dalam air panas dan campurkan sedikit garam epsom ke dalam air mandian. Ianya terbukti dapat mengurangkan penyakit radang sendi.
-    Mandian air panas juga dapat membantu anda menjaga kesihatan otot, tulang dan sendi dalam badan serta menghalang daripada terkena penyakit yang berkaitan dengan sendi seperti arthritis.

·        Stres / tekanan
-       Mandian air panas dapat bantu anda lebih tenang untuk berfikir dan fokus dalam membuat keputusan atau menjalani aktiviti harian. Ianya mampu merangsang otak untuk menghasilkan hormon oxytoxin dan melawan hormon stres.
-        Ianya juga dapat menurunkan tekanan darah dan dapat mencegah penyakit yang berkaitan jantung seperti serangan jantung atau strok.

·        Atasi insomnia dan tidur lebih lena
-      Air panas dapat membuatkan anda lebih relaks dan rasa cepat mengantuk. Suhu badan anda akan jatuh dan terhasilnya melatonin iaitu hormon tidur. Jadi, anda akan mudah terlelap jika mandi menggunakan air panas. Otot berasa lebih relaks.

·        Penghapus racun dalam badan
-   Kotoran yang melekat pada kulit badan atau wajah akan menyebabkan ‘racun’ yang menganggu tahap kesihatan anda sedikit demi sedikit. Semasa hendak mencuci wajah, bersihkan kulit wajah anda dengan air panas agar sisa kotoran dapat dihapuskan semasa liang pori pada kulit wajah terbuka.

Tetapi mandian air panas bukan sahaja memberi kebaikan malahan ianya juga memberi risiko jika anda tidak berwaspada seperti kulit badan atau wajah menjadi kering dan tekanan darah menurun. Mandi menggunakan air panas sekali sehari dan diselangi dengan air sejuk. Atau gunakan air suam juga boleh mengawal tahap kesihatan tubuh badan anda. Untuk ibu hamil pula, elakkan daripada mandi menggunakan air panas dengan suhu yang tinggi. Ini akan menyebabkan keguguran atau kecacatan pada bayi dalam kandungan.

Tips : Mandi air sejuk di waktu pagi agar dapat memberi tenaga untuk menjalani aktiviti seharian. Mandian air panas pula disarankan pada waktu malam. Ianya dapat membantu anda lebih relaks, tenang, redakan stres dan atasi gangguan tidur seperti insomnia.

Notakaki : Untuk berasa lebih relaks dan kurangkan stres, mandilah dengan menggunakan gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya pasti membuatkan anda kekal aktif tidak kira waktu. Klik di laman web kami untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!