Kesan Buruk Memakai High Heels Dengan Kerap




Sesetengah daripada wanita yang memakai kasut tumit tinggi atau high heels akan berasa lebih confident dan elegan. Ada juga yang jadikan high heels sebagai sebahagian daripada pelengkap aksesori wajib semasa hendak keluar bersantai, ke tempat kerja atau kuliah. Tetapi tahukah anda sebenarnya ada keburukan memakai high heels dengan kerap?  Ianya memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang.

Bagi gadis yang menginjak ke usia remaja, elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi ini. Postur badan haruslah dijaga dengan baik agar tidak menghidap penyakit yang tidak diingini dalam usia masih muda. Ini antara kesan-kesan buruk yang dialami oleh wanita jika kerap memakai high heels;

·        Kerap terjatuh
-      Semasa mula-mula memakai heels, pasti anda kerapkali terjatuh akibat tersadung atau cuba untuk mengimbangi badan agar tidak kelihatan kekok memakainya. Berjalan pun rasa tak selesa. Apabila dah terjatuh, kaki dan buku lali akan mudah menjadi bengkak. Ini akan memberi kesan buruk buat kaki anda.

·        Badan melengkung
-        Bagi anda yang kerap memakai heels, pasti akan terasa postur badan menjadi melengkung akibat bahagian dada ditolak ke hadapan dan pinggul pula ditolak ke belakang. Secara tidak langsung, postur badan anda akan berubah.

·        Kesan pada tulang belakang
-     Ini disebabkan oleh apabila anda ingin berdiri atau berjalan, anda akan mengimbangi postur badan secara menegak. Ini memberi kesan buruk pada tulang belakang dan terjadinya lumbar lodorsis.

·        Menganggu aliran darah dalam badan
-        Jika memakai heels yang tidak bersesuaian dengan bentuk kaki akan mengakibatkan kaki mengecut dan saluran darah ditekan. Ada juga kes pernah berlaku, dimana saluran darah pecah akibat terlalu lama memakai high heels.

·        Kesakitan pada lutut
-          Efek utama memakai heels, pastinya berkaitan dengan sakit lutut. Tekanan daripada heels akan membuatkan lutut menjadi sakit akibat ingin mengimbangkan badan. Ada juga yang menghidapi penyakit Osteoarthritis iaitu radang sendi lutut.

Tips : Gunakan kasut yang bersesuaian dengan anda. Jika anda gemar memakai heels, pastikan tapaknya tidak terlalu tinggi dan sesuai dengan berat badan.

Notakaki : Selepas seharian keluar bersantai atau balik dari kerja, segarkan badan anda dengan gel mandian aromaterapi 7Lime ini agar anda kekal aktif dan cergas sepanjang hari. Klik disini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!