Air Detox : Buang Toksin Dan Kempiskan Perut Buncit




Pasti anda pernah terlintas dengan artikel kami sebelum ini mengenai air detox menggunakan limau nipis. Dan juga artikel mengenai diet cara selebriti wanita Korea. Kali ini, kami membawakan resipi-resipi menarik untuk anda lakukan detoksifikasi bagi membuang segala toksin yang ada dalam badan agar sentiasa kekal sihat, cergas dan aktif. Pernahkah anda cuba untuk menurunkan berat badan dan pelbagai cara telah dilakukan tetapi masih belum nampak kesannya? Stres, bukan?

Terdapat beberapa sebab mengapa berat badan anda tidak turun walaupun anda sudah melakukan aktiviti seperti senaman, jaga pengambilan makanan dan menelan suplemen untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan pantas. Bukan sahaja badan tidak surut tetapi perut masih juga membuncit. Tambahan bagi wanita, time nak berselfie lah mula menarik nafas agar perut tidak kelihatan ketara dalam gambar. 

Anda harus ikuti beberapa langkah ini supaya dapat menurunkan berat badan dengan baik dan teratur. Buangkan toksin yang terkumpul di dalam badan dengan meminum air kosong atau suam sebanyak 6 – 8 gelas sehari. Tidak boleh kurang daripada 6 gelas. Ia membantu sistem perkumuhan dalam badan anda dan membuang toksin yang terkumpul di dalam lemak melalui perpeluhan atau najis. Apabila toksin dan lemak semakin berkurangan, barulah badan anda akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

Mungkin ssetengah daripada anda, ‘tekak’ tidak boleh menerima air kosong atau suam kerana tidak berperisa. Rasanya juga bland (tawar). Nah, apa kata anda tambah sedikit perisa ke dalam air kosong itu. Sambil minum untuk kesihatan, ianya juga boleh membantu membuang toksin dengan berkesan dalam badan anda. Jom baca resipi detox yang baik untuk kesihatan anda;

·        Limau gedang (Grapefruit) + Timun + Lemon + Limau nipis + daun pudina
·        Kiwi + Strawberi
·        Epal merah / hijau + Cinnamon (kulit kayu manis, ya. Bukan yang jenis serbuk.)
·        Strawberi + Tembikai
·        Apple Cider + Lemon + Cinnamon
·        Aloe Vera + Lemon
·        Halia + Lemon
·        Lemon + Limau nipis + Oren + Timun + Halia + daun pudina
·        Strawberi + Nanas + Apple Cider + Basil leaves

Campurkan kesemua buah-buahan ini ke dalam air masak dan simpankan ke dalam peti sejuk. Amalkan meminumnya setiap pagi. Pasti anda akan nampak kesannya dalam masa beberapa minggu sahaja. Tidak perlu lagi bayar ratusan ringgit untuk ubat pelangsing. Hanya minum air detox sahaja. Cepat, selamat dan berkesan.

Tips : Elakkan daripada pengambilan makanan atau minuman bergula. Ianya boleh menaikkan berat badan secara mendadak. Jika anda ingin juga minum air yang manis, boleh apa salahnya. Cheat day lah, katakan. Tapi tukar daripada gula biasa kepada gula Stevia. Hanya setitik, manisnya rasa segelas.

Notakaki : Badan sudah cantik, kulit juga haruslah cantik. Nah, gunakanlah gel mandian aromaterapi 7Lime ini untuk menaikkan seri kulit kusam dan tidak bermaya. Jika anda memakainya, pasti anda dapat jalani aktiviti seharian dengan lebih fokus dan teliti. Jom klik di laman web kami untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!