Tips 101 : Ingin Kuku Cantik Dan Berkilau? Lakukan Tips Ini!




Kuku, merupakan salah satu bahagian terpenting pada anggota badan wanita. Bukan sahaja rambut menjadi keutamaan tetapi juga penjagaan kuku tidak seharusnya diabaikan. Ramai wanita yang inginkan kuku sihat dan sempurna agar penampilan tidak terjejas. Kuku juga mencerminkan kesihatan diri anda. Bagi wanita muslimah, anda tidak boleh mengecat kuku tetapi penjagaan asas seperti manicure dan pedicure masih boleh dilakukan.

Dibawah ini terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kuku agar sentiasa kelihatan cantik dan berkilau. Jom baca;

·        Jangan gigit kuku
-     Sesetengah daripada anda pasti ada tabiat menggigit kuku. Stop! Hentikan tabiat yang tidak sihat ini. Ianya akan menyebabkan kuku anda kelihatan ‘buruk’. Kuku anda akan mudah terdedah kepada kuman dan bakteria. Juga mudah rapuh dan terkena jangkitan kulit.

·        Kekalkan lembapan pada kuku
-      Beri penghidratan pada kuku anda agar ianya sentiasa lembap dan hidrasi.Cara mudah adalah dengan sapukan sedikit petroleum jelly pada kuku dan kulit disekelilingnya. Boleh juga gunakan minyak kastor atau Aloe Vera. Lakukan cara ini secara konsisten, setiap hari. Vitamin E yang terkandung di dalam pelembap ini dapat memberi lembapan secara semulajadi.

·         Tolak kutikel kuku
-        Pastikan anda menolak kutikel kuku dengan lembut. Jika anda menolaknya secara kasar, ianya boleh melemahkan dan merosakkan kuku.


·         Elakkan berkuku panjang
-   Dapatkan kuku sihat dengan memotongnya selalu agar masalah kuku terkeluar tidak berlaku. Potong kuku anda dengan sempurna supaya ianya dapat kekal bersih dan sihat sepanjang masa.

·         Ambil suplemen / vitamin ekstra
-        Penjagaan kulit yang sempurna bukan sahaja dari luaran tetapi juga dari dalaman. Bahan-bahan yang terkandung di dalam suplemen / vitamin ini dapat membantu anda menjaga kuku dan kesihatan badan terjamin.

·         Pengambilan makanan yang seimbang
-     Jaga turutan pemakanan anda. Elakkan daripada mengambil makanan ringan atau snek yang mengandungi banyak garam. Ambillah susu atau telur rebus dalam rutin makanan harian anda. Susu diperkaya dengan zink dan baik untuk kesihatan badan anda.

·         Kikir kuku dengan betul
-       Elakkan daripada mengikir kuku selepas mandi. Ini kerana kuku yang basah akan mudah patah. Seeloknya biarkan kuku anda kering supaya mudah untuk anda mengikir dengan elok.

Tips : Kuku merupakan identiti kesihatan seseorang itu. Maka, berikannya penjagaan yang terbaik dan sempurna agar sentiasa kelihatan berseri serta bermaya sepanjang masa.

Notakaki : Jika penjagaan kuku, haruslah bermula dari rumah, apa kata lakukan penjagaan badan juga dengan sempurna? Jom gunakan gel mandian aromaterapi 7Lime ini untuk menyegarkan kulit agar anda kekal aktif setiap masa. Klik di sini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!