Tips Berguna Dapat Kekalkan Wajah Awet Muda




Bagi sesetengah wanita, kecantikan paras rupa menjadi satu kepentingan. Ada wanita yang amat serius dalam melakukan penjagaan kulit agar sentiasa kelihatan awet muda, tidak kira umur sudah menginjak ke angka 4. Namun, tahukah anda bahawa bukan hanya faktor umur sahaja yang menjadi penyebab kepada kulit kelihatan kusam, letih dan tak bermaya? Ya, betul…faktor umur adalah penyebab utama. Tetapi antara sebab lain adalah jika kulit wajah anda sering terdedah kepada sinaran UV, tekanan dari persekitaran samada tempat kerja atau rumah dan tidak melakukan penjagaan kulit dengan betul.

Bila bercakap tentang perawatan kulit, ada juga sesetengah daripada anda tidak mampu untuk melakukan penjagaan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi. Barangan yang digunakan mungkin menelan belanja lebih daripada sebulan gaji anda. Kadangkala, produk mahal tidak semestinya bagus. Ada juga yang tidak mampu mengurangkan tanda penuaan, malahan menyebabkan kulit anda iritasi atau merengsa.

Nah, dibawah ini terdapat tips-tips berguna untuk anda dapatkan kulit wajah berpenampilan awet muda. Pengambilan makanan yang betul akan membuatkan kulit wajah anda kelihatan muda dari umur sebenar. Sesetengah makanan mengandungi zat dan nutrisi penting untuk menghalang tanda penuaan berlaku dengan cepat. Tambahan, buah-buahan merupakan makanan penting untuk mengembalikan keanjalan pada kulit wajah anda. Beberapa buah-buahan yang boleh anda ambil adalah;

·        Mangga
·        Tomato
·        Timun
·        Strawberi
·        Limau Gedang (Grapefruit)


Antara tips berguna untuk kekal awet muda;

·        Jauhi junk food
-    Garam yang terkandung di dalam junk food akan membuatkan kulit anda mengalami proses penuaan. Ambillah makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan daripada memakan junk food dengan terlalu banyak atau kerap. Sekali-sekala itu, tiada masalah. Cheat day la, katakan.

·        Sunscreen
-   Semasa hendak ke tempat kerja atau kuliah, juga keluar bersantai, rajinkan diri untuk memakai sunscreen tidak kira masa. Ini untuk mengelakkan kulit wajah anda terdedah terus kepada sinaran UV yang akan mengakibatkan tanda penuaan berlaku dengan pantas.

·        Green Tea
-     Amalkan pengambilan teh hijau (Green Tea) setiap hari untuk membuang toksin dalam badan agar kulit sentiasa kelihatan sihat dan segar. Teh hijau mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan melambatkan proses penuaan.

·        Produk penjagaan kulit
-      Seperti yang anda ketahui, produk-produk yang dikhaskan untuk anti-penuaan selalunya berharga lebih mahal dari produk biasa. Nah, apa kata anda layari laman web yang menawarkan diskaun-diskaun dan tawaran menarik untuk barangan yang anda ingini.
-          Gunakanlah produk penjagaan kulit dengan konsisten untuk mendapatkan kulit bagaikan remaja.

·        Makanan bernutrisi
-          Amalkan diet seimbang agar pengambilan makanan anda menjadi teratur. Penjagaan kulit dengan tepat adalah memberi nutrisi terbaik untuk kulit dari dalam. Sel kulit mati harus diganti dengan lapisan yang baru. Maka, perbanyakkanlah pengambilan makanan yang mengandungi zat dan nutrisi penting.

·        Pelembap
-       Salah satu faktor kulit tampak tua adalah disebabkan sel kulit mati yang masih ada pada lapisan kulit paling atas. Kulit wajah anda akan kelihatan kering dan tidak bermaya. Nah, gunakan pelembap yang mampu mengekalkan hidrasi pada kulit supaya kelihatan cantik dan segar sepanjang masa.

·        Stres / Tekanan
-          Ini adalah faktor utama yang menyumbang kepada penuaan. Elakkan daripada melakukan kerja di bawah tekanan. Jauhi daripada persekitaran anda yang boleh membuatkan anda selalu stres. Pergilah bercuti, tenangkan fikiran!

·        Bersenam
-       Pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit – 1 jam sehari untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa cergas dan aktif.

·        Tidur
-       Masa tidur anda hendak mencukupi. Bagi orang dewasa, selalunya 6 – 8 jam sehari. Jika anda berada di tempat kerja, pastikan anda mendapat ‘power nap’ sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk mempertingkatkan lagi tenaga semasa bekerja dan minda lebih fokus terhadap sesuatu perkara.

Tips : Dalam kehidupan kita, haruslah berfikir secara positif dan membuang segala persepsi negatif. Tidak kira samada kepada orang lain atau diri sendiri. Minda positif, hidup pasti lebih bahagia!

Notakaki : Untuk tampil lebih awet muda, cubalah gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Kulit badan anda akan kelihatan anjal dan segar berpanjangan. Ingin tahu info lebih lanjut tentang gel mandian ini? Jom klik disini; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!