Breakfast : Wajib Atau Tak?




Bangun pagi sahaja, pasti perut pun berkeroncong. Tetapi jika anda jenis yang suka melewatkan bangun pagi, sudah tentu tidak sempat untuk mengisi perut sebelum ke tempat kerja atau ke kuliah. Nah, ini salah satu tabiat buruk yang tidak seharusnya diamalkan. Setiap pagi, anda diwajibkan untuk mengambil sarapan agar ianya boleh membakar lemak dan memberi tenaga buat anda menjalani aktiviti seharian tanpa rasa letih. Sebelum memulakan hari anda, digalakkan untuk bersarapan pagi terutamanya pada sebelum pukul 10.00am. Jika selepas itu, ianya boleh dikategorikan sebagai breakfast-lunch atau brunch.

Ada beberapa sebab utama kenapa anda digalakkan untuk bersarapan pagi;

·        Penurunan berat badan
-   Sarapan pagi dapat membakar kalori dalam badan. Semasa anda membiarkan perut semalaman tanpa diisi, secara tak langsung ianya meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Proses pembakaran kalori juga akan menjadi lebih efisien dan berkesan.
-       Ambil telur untuk pembakaran kalori lebih pantas. Jauhi makanan bergula atau manis yang boleh meningkatkan kadar insulin dalam badan. Seterusnya, membuatkan anda extreme lapar pada hari tersebut.

·        Otak berjalan dengan lancar dan minda lebih fokus
-        Sebahagian tenaga yang ada di dalam badan kita telah bertukar menjadi glukosa dan telah pun dihabiskan sebelum tidur. Disebabkan itu, anda digalakkan untuk mengambil sarapan pagi yang mengandungi glukosa (gula) agar otak dan minda dapat berjalan dengan lebih lancar serta fokus dalam membuat keputusan.

 ·        Metabolisma
-      Di waktu pagi, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita masih belum mengisi sebarang makanan. Anda memerlukan tenaga untuk mengimbangkan paras gula dalam darah supaya mengelakkan pening kepala.

·        Sarapan yang sihat
-     Ambil sarapan yang sihat seperti rendah lemak dan serat tinggi. Tidak semestinya anda kena jamah makanan yang berat. Elakkan daripada pengambilan seperti nasi lemak, lontong atau roti canai setiap pagi. Amalkan pemakanan yang sihat seperti oatmeal, bijirin, yogurt atau susu rendah lemak setiap pagi. Yang penting, sarapan harus diambil walaupun sekadar melapik perut.

·        Sakit jantung
-     Untuk anda yang gemar skip sarapan pagi ini lebih berisiko untuk terkena penyakit jantung. Menyebabkan anda mengalami kadar kolestrol yang tinggi dalam darah.
-       Ambillah serat untuk sarapan seperti roti kerana ianya akan mengekalkan tubuh yang sihat dan cergas setiap hari. Jadikan pengambilan sarapan sebagai rutin harian. Ianya mampu melindungi jantung anda untuk jangka masa yang lama.

·        Kurang risiko berpenyakit
-     Selain daripada elakkan masalah jantung, bersarapan pagi dapat menghindari anda daripada berisiko terkena penyakit merbahaya seperti kencing manis, masalah usus dan imunisasi badan lemah.
-       Jika anda tidak bersarapan, berkemungkinan anda akan makan lebih banyak semasa tengah hari. Pengambilan gula dalam makanan dan minuman terutamanya nasi, membahayakan kesihatan anda.

Bonus : Setengah daripada anda mesti ada perasaan ‘malas’ untuk menjamah sarapan pagi akibat kekangan waktu berkejar ke tempat kerja atau kuliah. Buangkan tabiat malas itu! Tidur awal supaya anda dapat bangun pagi lebih awal dari biasa. Mulakan gaya hidup sihat!

Notakaki : Semasa mandi di waktu pagi, segarkan badan anda dengan gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya pasti memberi tenaga kepada badan anda agar lebih fokus dalam menjalani aktiviti seharian. Jom klik di sini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!