Tips : Redakan Haba Dalam Badan Semasa Fenomena Equinoks Ini!




Seperti yang kita jangka, Malaysia bukan lagi hanya ada 2 musim iaitu panas dan tengkujuh. Tetapi satu lagi musim yang boleh dikatakan sebagai rutin setiap tahun kita pasti akan terkena tempiasnya iaitu jerebu. Ianya seringkali terjadi akibat pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera, Indonesia. Jerebu akan kerap terjadi jika masalah pemanasan global tidak dihalang dengan baik dan betul. Masalah jerebu juga akan menyebabkan tahap kesihatan setiap individu menjadi lebih teruk. Ia boleh menjejaksan sistem pernafasan seperti penyakit lelah, sakit tekak, selesema, batuk, pneumonia dan penyakit yang berkaitan kardiovaskular (jantung).

Pasti anda dapat lihat bilangan manusia yang mengunjungi klinik-klinik kesihatan atau hospital juga meningkat semasa berlakunya fenomena ini. Ikuti tips dibawah ini untuk mengelakkan daripada anda mengunjungi ke klinik atau hospital dengan kerap semasa musim panas;

·     Banyakkan minum air suam atau kosong untuk kekal hidrat semasa musim panas. Elakkan daripada mengambil air manis atau berkafein. Ianya akan menyebabkan anda dehidrasi kerana kandungan gula dalam minuman.

·    Semasa berpakaian, pastikan fabrik yang dipakai cepat menyerap peluh dan meresap haba dengan baik. Jangan memakai terlalu banyak lapisan. Ini akan menyebabkan terjadinya proses perpeluhan dengan banyak.

· Kurangkan pemakaian solekan semasa musim panas. Ini kerana sesetengah produk berkemungkinan mengandungi bahan yang boleh menyekat aliran peluh dengan baik dan membuatkan kulit wajah anda terasa berbahang.

·     Elakkan daripada melakukan aktiviti luar dengan kerap serta yang memerlukan penggunaan tenaga dengan banyak.

·    Jangan lupa untuk memakai krim pelindung matahari yang mengandungi SPF tinggi. Ianya dapat memberikan perlindungan secara menyeluruh buat kulit badan dan wajah anda dengan sempurna.

·   Kurangkan mandi dengan menggunakan air sejuk atau panas. Sebaliknya mandi dengan air suam.

·  Jangan makan dalam kuantiti yang banyak, ini kerana ianya akan menaikkan kadar metabolisma anda dan membuatkan badan terasa berbahang. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk elakkan anda cepat lapar.

Tips : Yang penting, pastikan cairan mencukupi dalam badan anda agar kekal terhidrat.

Notakaki : Nah, di musim panas ini, apa kata dinginkan badan dengan gel mandian aromaterapi 7Lime ini? Ianya mengandungi ekstrak 7 buah limau yang mampu memberi kesegaran sepanjang masa dan anda akan kekal aktif selepas memakainya. Jom klik disini; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!