Pinggang Ramping Bak Kerengga : Ikuti Diet Ala Selebriti Korea




Apa yang anda tahu tentang diet dengan betul? Terdapat pelbagai jenis diet yang boleh anda lakukan dengan hanya membaca artikel-artikel paparan mengenai tips terbaik untuk diamalkan. Bila bercakap tentang diet, tentu anda tahu bukan tentang diet Atkins? Iaitu diet yang mengamalkan pengambilan telur sepanjang hari. Ish…tak lalu pula kan kalau seharian asyik makan benda yang sama saja.

Ada juga diet ala selebriti luar negara yang boleh anda jadikan sebagai rutin harian. Mereka lebih banyak mengambil salad sebagai makanan ruji. Namanya pun orang Malaysia. Tekak tu mestilah hendak makan sesuap nasi juga. Nah, apa kata amalkan diet seperti selebriti Korea ini? Mereka melakukan rutin harian diet iaitu ‘1 Meals A Day’.

Selebriti Korea sememangnya terkenal dengan tubuh badan yang ramping. Terutamanya buat penyanyi idola Kpop wanita. Mereka dikehendaki mengekalkan strict diet agar tidak kekurangan ‘nafas’ semasa menyanyi sambil menari di atas pentas. Dibawah ini terdapat tips-tips yang boleh anda jadikan panduan untuk berdiet;

·         Makanan asas
-         Dalam berdiet, anda tidak semestinya memakan sayur-sayuran atau buah-buahan semata. Selang-selikan dengan daging, ayam atau ikan. Ya, jangan yang jenis bergoreng pula! Pastikan makanan asas anda samada bakar, stim atau rebus.

·         Sayur
-         Amalkan salad dalam diet anda terutamanya semasa anda mengambil makanan asas iaitu sewaktu lunch dan dinner. Utamakan ulam-ulaman. Ambillah kobis, brokoli, lobak merah, kacang panjang, kacang buncis dan sebagainya. Sayuran hijau merupakan diet yang terbaik untuk kesihatan badan anda.
  
·         Buah-buahan
-       Ambil buah yang mengandungi banyak air seperti tembikai dan oren. Ini kerana jika anda mengambil buah-buahan ini sebelum makan, ternyata anda akan berasa kenyang dan tidak akan mengambil makanan asas dengan banyak. Elakkan daripada memakan durian atau pisang selalu.

·         Makanan sampingan
-     Pastikan anda melakukan rutin ‘snacking’ di antara waktu pagi selepas breakfast dan sebelum lunch. Manakala di waktu petang pula, selepas lunch dan sebelum dinner. Ini untuk mengelakkan anda berasa terlalu lapar sebelum waktu makan tiba. Antara makanan sampingan yang boleh diambil adalah buah-buahan dan kekacang.

·         Makanan wajib
-        Setiap hari pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang wajib seperti susu dan telur rebus. Pastikan anda mengambil susu di waktu pagi dan malam, sebelum tidur. Selebriti Korea memastikan mereka makan sweet potatoes setiap hari. Tapi kalau di Malaysia, payah pula hendak mencari sweet potatoes bukan. Maka, terpaksalah anda mengambil inisiatif sendiri untuk merebusnya.

Tips : Tekak orang Malaysia pasti hendak makan nasi. Itukan makanan ruji. Apa kata daripada ambil beras biasa yang penuh kanji tu, makanlah beras khas seperti Herba Ponni atau Brown Rice. Anda boleh menjaga kesihatan sambil beramal!

Notakaki : Dah dapat tips untuk berdiet? Jom cuba gel mandian aromaterapi 7Lime ini pula. Ianya membuatkan anda kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari tanpa rasa letih. Gel mandian ini juga memberi ketenangan buat anda setelah penat seharian berada di dalam tekanan kerja. Klik di laman web kami untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/   

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!