#OOTD Musim Panas : Pilihan Hijabista Keluar Bersantai




Masuk sahaja bulan Ogos, kita akan mengalami musim panas sehingga menyebabkan terjadinya kemarau. Tetapi apabila berlaku kejadian pemanasan global, negara yang berada di atas Khatulistiwa paling terkena tempiasnya. Contoh, Malaysia. Apabila memasuki musim panas, matahari akan terasa seperti berada betul-betul di atas kepala. Cuaca juga boleh menjadi penyebab sesetengah individu yang tidak dapat menerima suhunya akan cepat jatuh sakit seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya.

Inilah masanya para pelancong yang melancong disini atau orang tempatan memakai pakaian nipis dan singkat. Tetapi cuaca tidak menjadi penghalang buat hijabers mengenakan pakaian yang bersesuaian dan mengikut tuntutan syarak. Terdapat beberapa #OOTD yang diinspirasikan serta selesa untuk dipakai oleh wanita bertudung. Tidak kira samada bersantai secara indoor atau outdoor, anda tidak merasa gelisah berpakaian seperti ini;

·        Pilihlah pakaian berasaskan rona putih
-    Rona putih selalunya tidak digemari oleh hijabers kerana ianya agak ‘see-through’. Elakkan daripada memakai pakaian yang boleh menampakkan bentuk tubuh. Jika anda rasakan pakaian rona putih anda itu boleh telus, pakai anak baju berlengan panjang/camisole yang dapat menutupi bentuk badan anda.
-       Pakaian berona putih ini tidak mudah menyerap cahaya matahari dan membuatkan anda terasa berbahang. Jadi, sesuai untuk dipakai kemana sahaja pada bila-bila masa.

·        Mix & Match
-     Sesetengah daripada anda pasti gemar mengenakan pakaian daripada dua rona atau motif dan rekaan yang berbeza. Padukan pakaian yang simple dan minimalis. Yang penting, pilihan baju anda haruslah bermaterial ringan dan dapat menyerap peluh dengan baik.
-       Elakkan daripada memakai pakaian yang menampakkan kesan peluh samada di ketiak atau tengah belakang.

·        Aksesori
-    Mungkin sesetengah hijabista gemar mengenakan aksesori bersama pakaian yang dipakai setiap hari. Tidak kira samada keluar bersantai atau ke kompleks membeli-belah. Jika anda ingin memakai aksesori buat pelengkap gaya, pilihan yang tepat adalah cermin mata hitam. Itu lebih ideal kerana ianya dapat melindungi mata anda daripada terkena pancaran sinar UV.
-          Boleh juga memakai topi lebar untuk menutupi wajah semasa beriadah di pantai.

·        Seluar
-       Pilihan yang tepat adalah jenis wide leg pants. Ini memudahkan anda untuk bergerak dan melakukan aktiviti dengan pantas. Ianya tidak akan membataskan pergerakan anda.

·        Layered outfit
-        Jika anda gemar mengenakan fashion pakaian secara berlapis, tiada masalah. Gabungan pakaian anda haruslah yang simple dan longgar serta bermaterial nipis. Contohnya, slit dress dan cardigan.

·        Skirt
-      Padankan skirt labuh dan blouse lebar. Tampil ‘girly look’, anda akan menjadi fokus orang sekeliling pada hari itu.

·        Hijab
-     Pilih material yang nipis dan ringan untuk mengelakkan daripada haba terperangkap pada kepala.

Apa pilihan #OOTD kamu?

Notakaki : Di musim panas ini, lebih elok jika anda mandi 2 -3 kali sehari untuk mengelakkan terkena strok haba. Nah, apa kata cuba gel mandian aromaterapi 7Lime ini? Ianya dapat memberikan kesegaran sepanjang masa buat tubuh badan anda. Jom klik disini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!