3 Masalah Yang Seringkali Dialami Oleh Wanita Berhijab




Berhijab merupakan satu kewajipan yang dituntut di dalam agama Islam buat kaum wanita. Merupakan sunnah daripada Rasulullah S.A.W dan syariat yang harus dilaksanakan. Ianya menghindari kita dari pandangan yang tidak elok oleh masyarakat sekeliling serta melindungi kepala dari anasir yang akan menyebabkan kerosakan rambut. Tetapi ada juga wanita berhijab yang sangat aktif sehingga terjadinya masalah kulit, akan membuatkan anda berasa tidak selesa sepanjang hari.

Terdapat 3 masalah kulit yang sudah menjadi kebiasaan wanita berhijab menghidapinya. Dan, bagaimanakah cara yang berkesan untuk mengatasinya? Ayuh, ikuti artikel ini untuk mengetahui tentang masalah kulit yang seringkali dihadapi oleh wanita berhijab;

·        Kulit berbelang
-     Dalam artikel sebelum ini ada menceritakan tentang masalah yang ‘common’ dihadapi oleh wanita berhijab. Kulit berbelang akibat tidak memakai krim pelindung cahaya matahari yang sempurna dan sesuai untuk kulit masing-masing.
-      Ianya senang terjadi akibat terlalu lama terdedah dibawah sinaran UV dan kulit menjadi sunburn. Jika anda menanggalkan tudung, cuba lihat dibahagian pipi kiri atau kanan. Pasti akan kelihatan tona kulit yang berbeza.
-        Cara untuk atasinya;
Ø Sapukan sunscreen ke seluruh kulit wajah dan biarkannya selama 15 – 30 minit sebelum memakai hijab
Ø Gunakan produk untuk mencerahkan atau memutihkan kulit wajah. Pastikan bahan yang terkandung bebas paraben, alkohol, SLS, phlatalates dan merkuri. Haruslah mengandugi bahan semulajadi atau organik agar kulit tidak menjadi iritasi, merengsa dan pedih.
Ø Bersihkan wajah sekerapnya. Bagi kulit normal, kombinasi atau berminyak 3 – 4 kali seminggu. Untuk kulit kering dan sensitif, 1 – 2 kali seminggu.
Ø Lakukan proses exfoliating di rumah. Gunakan skrub muka untuk mendapatkan hasil lebih berkesan. Cukuplah sekadar sebulan atau 2 minggu sekali. Jangan lakukannya selalu. Takut nanti kulit wajah cepat iritasi.

·        Jerawat di dahi
-      Bagi wanita berhijab, masalah ini seringkali terjadi dan tidak boleh dielakkan. Ini kerana bahagian lain yang terutup jarang menjadi masalah kulit. Apabila berlakunya proses perpeluhan, dahi menjadi bahagian utama terjadinya penghasilan minyak dan sebum berlebihan.
-        Cara untuk atasinya;
Ø Pilihan skincare untuk jenis kulit masing-masing haruslah bersesuaian. Bersihkan wajah dengan betul dan mengikut langkah yang sempurna.
Ø Kebersihan hijab dan inner juga harus diutamakan. Pastikan anda mencucinya 2 hari atau seminggu sekali.
Ø Pilih hijab atau inner yang dapat menyerap peluh dengan baik. Ini kerana untuk mengelakkan kesan peluhan tertinggal di dahi yang akan mengakibatkan dahi anda tumbuh jerawat.
Ø Jika jerawat anda tidak dapat dihapuskan dengan cara di atas, dapatkan nasihat daripada doktor pakar.

·        Kelemumur
-     Ini adalah salah satu masalah yang tidak boleh dielakkan buat wanita berhijab. Akibat kepala tertutup dengan lama, udara tidak dapat masuk dan peluh terkumpul di kulit kepala yang mengakibatkan kelemumur.
-          Cara untuk atasinya;
Ø Syampu rambut sekerap yang mungkin. Setiap 2 hari sekali agar kulit kepala kekal sihat dan segar.
Ø Elakkan daripada memakai hijab semasa rambut sedang basah. Pastikan rambut anda kering terlebih dahulu. Ini juga penyebab utama kulit kepala berkelemumur.
Ø Jika anda mengalami masalah kelemumur yang tidak terlalu teruk, gunakan syampu khas untuknya. Tetapi jika anda mengalami masalah kelemumur yang teruk sehingga ‘flakey’, dapatkan rawatan kulit kepala di salon.

Tips : Cara ini bukan hanya berkesan untuk wanita berhijab, tetapi juga untuk wanita yang tidak berhijab. Lakukan rutin ini 3 – 4 kali seminggu untuk mendapatkan hasil keberkesannya.

Notakaki : Gunakan gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan bebas daripada paraben serta merkuri. Tidak juga akan menyebabkan kulit teriritasi dan merengsa. Ayuh, klik di laman web kami untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/ 

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!