Atasi Kulit Belang Semasa Berhijab




Berhijab atau tidak, penting untuk anda menjaga kulit wajah agar tidak tampil berbelang. Kulit berbelang adalah akibat terdedah dibawah sinaran matahari dan menyebabkan terjadinya kulit ‘sunburn’. Meskipun keseluruhan badan anda dilindungi dengan pakaian atau hijab, masih ada bahagian yang terdedah seperti bahagian tangan dan wajah. Jika anda lakukan ‘research’ mengenai tips-tips berkesan untuk mengelakkan kulit berbelang, pasti terlalu banyak cara yang diusulkan. Samada rajin atau tidak untuk melakukan rutin tersebut setiap hari.

Bila buka sahaja hijab, pasti kulit wajah anda kelihatan berbelang. Nah, dibawah ini ada cara-caranya. Ayuh kita lihat tips ringkas dan berguna yang boleh dijadikan panduan untuk mengatasi kulit berbelang;

·        Cuci muka
-     Dalam seminggu, sekurang-kurangnya cucilah wajah anda sebanyak 3-2 - 3 kali untuk kulit wajah normal, kombinasi dan berminyak. Manakala untuk jenis sensitif dan kering, 1 - 2 kali seminggu. Ini untuk mengelakkan kulit iritasi dan merengsa akibat penggunaan kerap pembersih wajah.
-         Pilih produk yang mempunyai tahap pH seimbang agar kulit kekal seperti biasa dan tidak mengalami kerosakan yang teruk. Yang penting, mengandungi pelembap agar kulit kekal segar.

·        Skrub muka (exfoliating scrub)
-       Skrub ini berfungsi untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit yang baru, menghapuskan cela serta bintik hitam yang tampil pada kulit wajah. Anda juga boleh lakukannya secara sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati di pasaran.
-         Campurkan minyak zaitun dan gula pasir. Oleskan pada keseluruhan kulit wajah. Biarkan selama 10 – 15 minit sebelum membasuh muka dengan pencuci yang bersesuaian untuk kulit anda.

·        Suncreen / sunblock
-       Terdedah kepada sinaran UV merupakan faktor utama kulit wajah tampil garis halus dan penuaan. Bukan hanya itu sahaja, kulit juga akan timbul bintik hitam dan pigmentasi akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Dan, paling merisaukan jika berlakunya kanser kulit akibat cahaya UV yang menembusi terus ke dalam lapisan kulit.
-    Jadi, pastikan sebelum keluar rumah, wajib untuk memakai sunscreen/sunblock. Tidak semestinya mengandungi SPF yang tinggi tetapi dapat memberi perlindungan yang secukupnya buat kulit wajah anda.

·        Banyakkan meminum air kosong / teh hijau
-   Terlalu banyak kajian dan artikel menyatakan bahawa pengambilan air kosong dapat mengekalkan lembapan pada kulit. Manakala teh hijau pula terbukti dapat mengelakkan risiko hypertension, kurangkan lemak pada perut, membantu pencernaan dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
-         Teh hijau juga mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan dapat menghalang sel-sel dalam badan menjadi rosak. Kulit wajah anda juga akan tampil berseri.

Tips : Dalam sehari, pastikan anda wajib meminum 1 - 2 liter air jika anda tidak boleh meminum air sebanyak 8 gelas.

Notakaki : Kekalkan lembapan pada kulit ‘head-to-toe’ anda agar sentiasa tampil cergas dan segar. Klik di laman web kami untuk ketahui info lanjut serta tawaran yang menarik; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!