Lakukan De-Tox Sendiri Di Rumah




Kalau artikel yang sebelum ini banyak menceritakan tentang penjagaan kulit wajah dan solekan yang sesuai untuk anda, artikel kali ini akan memberi info mengenai petua menjaga kulit badan sehingga cantik berseri dari dalam sehingga ke luarannya. Bila bercakap mengenai air detox, pasti anda terbayangkan ianya bertujuan untuk menurunkan berat badan. Salah! Air detox bukan sahaja dapat mengurangkan berat anda tetapi ianya juga mampu untuk mencantikkan kulit badan.

Amalkan meminum air detox ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil keberkesannya. Ianya juga mampu menghapuskan kesan parut dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat sambil menghakis lemak dalam badan. Elakkan daripada mengambil pil kurus. Sememangnya cara ini tidak digalakkan oleh pakar kesihatan kerana isi kandungan dalam pil tersebut akan membahayakan kesihatan anda.

·   Timun – ianya sangat tinggi dengan oksida dan memberi hidrasi kepada kulit anda agar sentiasa kekal lembap. Timun juga mampu untuk melegakan kulit iritasi dan meradang akibat radikal bebas serta mengecil dan mengeringkan jerawat dengan pantas. Tiada lagi parut dan cela tampil di kulit wajah atau badan anda.

·       Lemon / limau nipis – mengandungi asid yang baik untuk membuang segala toksin yang ada di dalam badan. Ianya juga berfungsi sebagai agen penghakis lemak degil dalam badan anda.

·    Serai – bahan ini mampu mengawal tekanan darah, membersih toksin dan mengurangkan kolestrol yang terkandung dalam badan tanpa membahayakan kesihatan.

·      Halia – salah satu bahan penting yang perlu ada dalam air toksin jika anda inginkan hasil yang lebih pantas dan berkesan dalam hanya masa beberapa hari sahaja. Ianya berfungsi untuk membuang angin, membuatkan kulit badan anda menjadi halus dan mulus, menaikkan semula seri wajah serta mengurangkan stres akibat persekitaran.

Ayuh, mulakan hari ini mendetoksifikasikan badan anda agar kulit tampil cantik, cerah dan berseri berpanjangan. Nah, ini ada cara paling mudah untuk membuat air detox yang berkesan untuk kebaikan badan anda;

·        Potong kesemua bahan di atas seperti timun, halia, lemon/limau nipis dan serai. Pastikan anda memotong bahan-bahan ini tidak terlalu halus. Jangan masukkan halia dan serai terlalu banyak ke dalam air detox ini. Rasanya yang pedas mungkin akan mengganggu deria rasa anda.
·        Selepas potong bahan-bahan ini, masukkannya ke dalam air masak.
·     Simpan di dalam peti sejuk supaya air masak dan bahan tersebut. Biarkan bahan-bahan ini bercampur dan mengeluarkan nutrisi penting untuk detox.
·        Ambillah sehari 2-3 kali air detox ini untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Tips : Bukan meminum air detox sahaja boleh mengurangkan berat badan, lakukan senaman ringan sambil minum air ini.

Notakaki : Nah, ini ada cara yang lagiiiiiii mudah untuk mendapatkan kulit cantik dan berseri. Gunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady. Klik di laman web kami untuk info lebih lanjut : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!