Kenakan Wardrobe Yang Sesuai Semasa Travelling Buat Si Hijabista




Setiap manusia dalam dunia ini pasti gemarkan aktiviti ‘travelling’. Tidak kira samada lelaki atau perempuan, semuanya suka untuk menghirup udara segar dan nyaman sambil menghilangkan stres. Bagi anda yang berhijab, walaupun bertutup-litup, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan aktiviti outdoor ini. Travelling juga membawa maksud berjalan-jalan. Disini, aktiviti travelling juga boleh dipelbagaikan seperti melakukan aktiviti esktrim/lasak, bersiar-siar menikmati pemandangan atau hanya sekadar berehat di rumah persinggahan, hotel dan sebagainya.

Apabila ingin memulakan perjalanan jauh, pastikan pakaian serta keperluan anda semuanya mencukupi. Sediakan checklist agar tidak tertinggal apa-apa nanti. Buat si hijabista pula, baju yang dibawa haruslah bersesuaian dengan tempat yang ingin dikunjungi. Jom lihat tips dibawah;

·        Pilih pakaian yang longgar dan serap peluh
-   Pakaian yang longgar memudahkan anda untuk melakukan sebarang aktiviti tanpa sekatan. Ianya membuatkan anda lebih bebas bergerak dengan selesa. Pilihlah yang cepat menyerap peluh agar tidak menyebabkan kulit badan anda menjadi iritasi atau merengsa.

·        Material kain haruslah ringan dan lembut
-        Buat anda yang ingin travel lebih jauh ke negara 4 musim seperti Korea, Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya, pastikan material pakaian anda daripada jenis yang lembut dan ringan. Jika anda ingin mengenakan skirt labuh/panjang, pastikan pakai legging di bahagian dalam. Ini untuk mengelakkan skirt anda terselak jika ditiup angin sehingga mendedahkan bahagian kaki yang putih melepak tu.
·        Topi lebar
-      Jika anda gemarkan untuk travelling di kawasan yang terbuka seperti pantai, gunakan topi lebar untuk melindungi kulit wajah anda daripada terdedah terus kepada sinaran UV. Kenakan dengan hijab yang simple, pasti gaya trendy kamu ini menjadi perhatian!

·        All-Black
-      Jangan lupa bawa pakaian hitam, tidak kiralah samada tudung, baju, outerwear seperti cardigan atau seluar. Ini kerana pakaian berona hitam tidak tampak kotor jika anda memakainya berulang-kali. Almaklumlah, semasa travelling ini, mesin basuh susah hendak dicari. Maka, pakailah berkali-kali. Jika anda bawa pakaian berona hitam juga dapat mengurangkan jumlah pakaian dalam bagasi.

·        Palm shoes/sneakers, no high heels
-   Semasa travelling, dinasihatkan untuk tidak menggunakan high heels. Ini kerana travelling memerlukan anda banyak berjalan. Ianya akan memberi kesan buruk jangka panjang buat tumit kaki anda. Membuatkan anda cepat sakit belakang dan tidak selesa semasa berjalan. Pastikan kasut anda tidak mempunyai tapak yang tinggi.

 Tips : Apa yang perlu anda tahu semasa mengemas pakaian ke dalam bagasi? Pastikan berapa lama anda ambil masa untuk travelling. Pakaian dan hijab juga haruslah mencukupi. Jangan nanti terpaksa beli baru pula! Elakkan pembaziran.

Notakaki : Salah satu barangan yang penting untuk travelling adalah toiletries. Pastikan barangan seperti syampu, gel mandian, berus gigi dan ubat gigi ada dalam bagasi anda. Apa kata gunakan gel mandian aromaterapi 7Lime ini agar anda kekal cergas dan aktif semasa travelling? Ayuh, klik di laman web kami untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!