Depresi, Simptom & Cara Atasinya


Apa itu depresi? Depresi merupakan sejenis keadaan dimana anda mengalami perasaan seperti mental breakdown, kemurungan atau hilang fokus terhadap sesuatu perkara. Jika anda peminat drama-drama dari Korea, pasti anda tahu depresi adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh selebriti dari negara itu. Ianya akan mempengaruhi kehidupan seharian anda seperti cara berfikir dan perilaku. Jika perasaan sedih anda berlarutan sehingga beberapa minggu dan kecenderungan untuk menyakiti diri sendiri (self-hurting), segeralah berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut satu artikel, pada tahun 2020, depresi merupakan masalah no.1 di dunia yang akan dialami oleh rakyat Malaysia disebabkan oleh peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga. Pada tahun 2011, hanya 12 peratus sahaja rakyat Malaysia yang mengalami depresi. Tetapi pada tahun 2018, sebanyak 29 peratus telah meningkat menjadikannya 2 kali ganda daripada sebelum ini.

Depresi boleh mendorong kepada gangguan delusi seperti mendengar suara atau terlihat ‘sesuatu’. Walaupun anda yakin tidak mengalaminya, perhatikan orang sekeliling anda samada mereka mengalami masalah yang sama ataupun tidak. Ini kerana masalah depresi adalah sejenis penyakit yang membunuh secara senyap. Nah, list dibawah ini antara simptom yang perlu anda ambil tahu akan keadaan depresi;

·        Hilang fokus
·        Mental breakdown, sedih berpanjangan
·        Tidak berminat akan perkara-perkara lain di sekeliling anda
·        Cepat putus asa terhadap masa depan
·        Tiada tenaga yang mencukupi
·        Gelisah dan sukar untuk tidur (insomnia)
·        Cenderung untuk mencederakan diri

Jika anda atau orang sekeliling mengalami gejala depresi ini, segerakanlah berjumpa dengan yang pakar untuk meminta bantuan. Jangan berfikir untuk menyelesaikan masalah ini sendiri. Apa kata cuba lakukan gaya hidup sihat bagi melupakan masalah yang sedang membelenggu diri? Dibawah ini terdapat cara-cara yang berkesan untuk anda cuba elakkan daripada terkena gangguan depresi;

  • Elakkan daripada bersendirian. Pastikan anda keluar bersosial. Walaupun hanya dengan keluarga. Luahkan apa yang terbuku dalam hati anda. Bersembang, eye-to-eye contact, menangis jika perlu.
·  Jadikan amalan hidup anda lebih sederhana. Gaya hidup yang santai akan membuatkan anda lebih relax.
·    Bersenam. Lakukan senaman untuk mengeluarkan peluh dan menyegarkan badan.
·    Mulakan pengambilan makanan yang bernutrisi dan mengandungi zat penting.
·  Tangani stres anda samada di tempat kerja atau keluarga. Selalunya, masalah utama yang dihadapi adalah kekangan kewangan. Lupakan tujuan itu. Anda harus bekerja dalam keadaan yang lebih santai.
·   Elakkan daripada membuat sebarang keputusan semasa anda mengalami kemurungan atau gangguan depresi kerana itu akan mempengaruhi tindak-tanduk yang tidak tepat.
·      Jika anda sudah mencapai tahap ingin mencederakan diri, mintalah bantuan. Tidak salah jika anda mengalah dalam melawan perasaan ego.

Tips : Cuba semua perkara di atas dan kemudian mandi untuk melegakan perasaan yang celaru dengan mandian aromaterapi. Pasti ada akan lebih tenang dan ceria. 

Apa kata cuba mandian aromaterapi 7Lime yang lagi menyegarkan ini? Klik disini : https://www.ikonlady.com.my/
  

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!