Jom Kenalpasti Jenis Kulit Wajah Anda




Kulit wajah ada pelbagai jenis daripada normal sehinggalah kepada kering, sensitif, kombinasi dan berminyak. Ada tergolong dalam kategori yang mana? Memiliki kulit cerah dan berseri adalah impian setiap manusia, tidak kira samada kaum perempuan mahupun lelaki. Untuk mendapatkan hasil kulit wajah cantik, penjagaan rapi haruslah dilakukan mengikut langkah dan aturan yang betul.

Tambahan pula, cuaca di Malaysia ini tak menentu. Menyebabkan salah satu faktor penyebab utama kulit anda menjadi bermasalah. Penjagaan kulit bukan hanya perlu membersihkannya selalu tetapi juga pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting dalam menjamin kulit anda sentiasa berseri.

Sebelum menggunakan sebarang produk skincare, pastikan anda mengenalpasti jenis kulit anda terlebih dahulu. Jangan main ‘hentam keromo’ sahaja membeli produk. Yang berjenama international, belum tentu bagus atau setanding jenama lokal. Maka, kenalpasti dahulu jenis kulit anda, barulah membeli barangan penjagaan kulit mengikut kesesuaian. Jom ikut cara dibawah untuk mengetahui anda berada dalam kategori yang mana;

Bare face :
·      Tanggalkan semua makeup atau sunblock yang dipakai oleh anda. Cuci muka dengan bersih, pastikan tiada kotoran yang melekat pada kulit wajah. Biarkan kulit anda berehat seketika selama 1 jam. Jangan memakai sebarang produk pada kulit wajah. Ini kerana kulit akan kembali kepada asalnya selepas 30 minit.
·    Selepas 1 – 2 jam, basuh tangan anda dengan menggunakan sabun dan keringkannya. Gunakan blotting paper, oil control film atau tisu untuk melakukan ujian ke atas kulit muka anda. Lakukan eksperimen untuk melihat dengan lebih tepat jenis kulit wajah anda. 
·      Hasilnya;
Ø  Kulit kering – terasa ketat, tegang dan merekah. Senang juga berlakunya pengelupasan
Ø  Kulit berminyak – melekit dan berkilat
Ø  Kulit kombinasi – terasa berminyak dan melekit pada dahi, hidung dan dagu. Pada bahagian pipi pula, terasa kering
Ø  Kulit normal – tidak berlaku apa-apa reaksi terhadap eksperimen ini

Tips : Bila anda sudah dapat mengenalpasti jenis kulit wajah, barulah boleh membeli produk penjagaan kulit yang bersesuaian.

Boleh juga gunakan gel mandian aromaterapi daripada https://www.ikonlady.com.my/
Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!